Uncategorized

Tiz Zaqyah Dikecam, Kongsi Gambar ‘Berpelukan’ Dengan Roberto Carlos

Share

Lama betul MH tak dengar khabar Tiq Zaqyah. Apa agaknya perkembangan terbaru dia ya?

Baru-baru ini Tiz ada muat naik fotonya bersama dengan pemain bola sepak, Roberto Carlos. Di Instagram miliknya.

Mungkin teruja dapat bertemu dengan pemain lagenda tersebut membuatkan Tiz mengambil gambar sedemikian.

MH difahamkan kehadiran Carlos ke Kuala Lumpur adalah sebagai duta global Syarikat Penerbangan Tambang Murah, AirAsia.

Mungkin mengetahui gambar tersebut bakal dikecam netizen, Tiz sudah menyorokkan butang komen di gambar tersebut.

Namun begitu, ia tidak menghalang netizen makcik bawang untuk meninggalkan komen di foto Tiz yang lain.

Dalam pada itu, Tiz juga dilihat ada memuat naik satu insta story kemungkinan besar berkaitan dengan perkara tersebut.

sumber: IG Tiz Zaqyah

IKLAN