Mempunyai beberapa babak yang memerlukan diriya mendedahkan sebahagian tubuh badannya, pelakon Tiz Zaqyah berkata setiap apa yang dilakukannya itu mempunyai mesej yang cuba disampaikan dan bukan sahaja-sahaja mahu menayang badan.
Menurut Tiz atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, babak dalam bilik mandi sehingga mendedahkan bahagian bahu dan kaki telah diteliti dan dinilai berdasarkan jalan cerita tersebut.
“Bukan sengaja nak tayang badan untuk orang tonton pun sebab paling penting ialah mesej kepada penonton mengenai apa yang dilalui oleh mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.
“Kalau ada yang mahu jadikannya isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.
“Jika ada adegan yang keterlaluan, saya akan bincang dnegan pengarah dan ada juga yang saya menolak… mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya,” kata Tiz.
Menerusi drama terbaharu lakonannya berjudul Liar, Tiz membawakan watak mangsa rogol, Lara dan terdapat beberapa babak memaparkan perkara-perkara yang perlu dilalui mangsa bagi mendapatkan bukti bagi mendakwa suspek termasuk pemeriksaan doktor dan membuat laporan polis.
Ads
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya itu, Tiz berkata sangat sukar untuknya untuk membawakan watak Lara sehingga ia memberikan kesan terhadap mentalnya.
“Karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja tahu apa yang saya rasa.
“Setiap kali habis penggambaran, rasa tidak sabar hendak tukar baju yang dipakai Lara.. lain macam rasa dia.
“Paling membuatkan saya terkesan ialah ketika babak pemeriksaan selepas dirogol.
“Melihat banyak poster tentang jenayah rogol yang ditampal dalam bilik tersebut sudah membuatkan saya berasa anxiety namun ia masih terkawal,” katanya lagi.
Liar merupakan adaptasi daripada drama British menggunakan judul serupa. Selain Tiz, Liar turut dibintangi Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nadiya Nisaa, Nazrief Nazri, Aniq Suhair dan Wan Raja.
Drama Astro Originals ini diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Ads
Liar bakal ditayangkan bermula esok (25 Mac) setiap Sabtu, jam 12 tengah malam di platform On Demand dan Astro Go. Ia turut ditayangkan di saluran Astro Ria (104) bermula 3 April, setiap Isnin jam 9 malam.
Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula kelular berjanji temu dengan Aiman Yusof yang merupakan seorang doktor pakar bedah.
Selepas temu janji pertama, Lara menuduh Aiman merogolnya, sebaliknya Aiman menafikan perkara itu dan menegaskan dia hanya membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang ke rumah dengan selamat.
Siapakah yang bercakap benar di antara mereka berdua. Saksikan Liar untuk ketahui jawapannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Alif Satar tidak melupakan asal-usulnya yang pernah mendiami kediaman flat ketika di awal usianya.
Berkongsikan kenangannya itu di laman Instagram miliknya, Alif, 33, berkata dia sekeluarga pernah menetap di sebuah flat di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dari tahun 1990 hingga 2000.
“We lived here from 1990 sampai saya darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.
“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000.. barulah pindah ke Hartamas,” tulis di ruangan kapsyen.
Menurut Alif lagi, dia seronok dapat membawa ketiga-tiga anaknya untuk melihat kembali tempatnya membesar.
“Beb, dekat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu.. macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawa anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun masih ada lagi kat sini!
“Kind, loving people they all are and I wish them all the best,” tulisnya lagi.
Menerusi posting yang sama juga, penyanyi lagu Anugerah Terindah itu turut berpesan kepada pengikutnya agar jangan sesekali melupakan asal-usul masing-masing.
“Tidak kira sudah tinggi mana kejayaan yang kamu kecapi, jangan sesekali lupa asal-usul kamu.
“Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.. hargai dan sentiasa ingat insan-insan yang telah membantu sepanjang kamu menjalani kehidupan,” tulis Alif lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berpindah ke rumah sendiri, pelakon, Elisya Sandha kini dilihat sedang menyesuaikan diri untuk hidup berdikari bersama suami tercinta, Uzair Haqimy.
Terbaru menerusi perkongsian di laman Instagram, Elisya ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memasak beberapa juadah untuk berbuka puasa.
Jelas Elisya, memasak ketika bulan Ramadan sememangnya agak mencabar memandang dia perlu mengikut gerak hati mengenai soal rasa.
“Kalau suami tambah dua kali semalam maksudnya? Alhamdulillah kadang kadang risau terlebih masin or terkurang masin.
“Semua by heart je tak berani rasa hujung lidah takut batal puasa, korang selalu ke rasa hujung lidah?,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia gembira kerana suaminya dikatakan sangat berselera untuk menikmati hidangan air tangannya itu.
Posting berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas ibu mertuanya yang juga merupakan pelakon terkenal, Sheila Rusly turut memberikan pandangannya tentang cara masakan Elisya.
Menurut Sheila, dia kagum dengan kebolehan menantunya itu tetapi tetap ada juga beberapa perkara yang boleh diperbaiki.
“Bijak anak menantu mama tapi lain kali serai titik betul-betul, buang kulit luar dan potong hujung yang keras tu,” kata Sheila di ruangan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan akrab diantara Elisya dan Sheila selain turut menyifatkan setiap kesilapan itu merupakan proses pembelajaran.
“Saya pun baru tahu kena potong yang keras tu. Bertahun-tahun dah masak salah ni. Terima kasih untuk tips ini. Love.
“Sama sis. Kalau saya masak serai pun saya potong hujung dan titik hujungnya.
“Saya pun nak komen fasal serai tadi. Tajam mata sis.
“Comel je sis tegur.
“Bagusnya sis sebelum tegur pun dia puji dulu menantu dia,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, nama Elisya pernah menjadi perhatian warganet selepas kesilapannya memotong limau nipis.
Terdahulu, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elisya Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Alif Satar bersikap profesional dan tidak memilih pasangan heroin yang akan berganding sama, termasuk mana-mana aktres yang pernah dikaitkan sebagai ‘penyondol’ rumah tangga selebriti lain.
Menurut Alif, 33, dia terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja menerusi apa sahaja naskhah selepas ini.
“Saya tak pilih heroin, tak profesional (kalau pilih-pilih), saya terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja.
“Saya tidak judge sesiapa, pelakon baru atau lama ke, dia power ke tak power ke.
“Saya terima seadanya (termasuk pelakon yang dikaitkan dengan isu penyondol), tak pernah rasa tercabar sebab isteri saya dah cukup sempurna,” katanya kepada MH.
Alif berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu Yang Cool kolaborasi di antara Al Ikhsan dan Iktikaf Alif di The Curve, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Alif juga berkata kesibukan kerja sebagai anak seni serta pelbagai perniagaan yang diusahakannya membuatkan dirinya tiada masa untuk ‘cari insan ketiga’.
“I got no time (saya tiada masa), sambil baca skrip pun fikir pasal bisnes.
“Saya ada macam-macam benda nak kena buat, tak ada masa nak fikir kau cantik (cuba menggatal dengan wanita lain).
“Bila kita kahwin, memanglah situasi turun dan naik dalam bahteri rumah tangga, nak kata kita gembira sentiasa, ada ketika sebaliknya.
“Kita pun ada masalah tapi cuba harungi. Bagi saya itulah perkahwinan,” katanya lagi.
Untuk info, Alif mendirikan rumah tangga dengan Sha Dila Halid, 39, pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad ‘Ali, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.