“Titipkan Doa, Terus Sebarkan Di Media Sosial Kita Keganasan Yang Sedang Berlaku Di Bumi Islam…,” – Uyaina Arshad

Share

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad meluahkan rasa sedih dan simpati selepas melihat nasib mangsa di Palestin yang terlibat serangan udara di Gaza.

Malah, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menzahirkan rasa kekesalan dan bersalah dalam diri apabila membanding nasib yang dialami oleh rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Rasa bersalah. Rasa bersalah bila berbuka kita ada makanan banyak tak terhingga. Siap boleh pilih nak berbuka buffet hotel mana, sedangkan mereka dah berapa hari (atau mungkin minggu) berbuka dengan duka & linangan air mata.

“Rasa bersalah bila dua tiga minggu nak raya, kita sibuk shopping sakan. Online shop tudung, baju, telekong, kuih raya dan sebagainya, sedangkan mereka belum tentu bertemu Syawal.

“Rasa bersalah bila kita marah sebab tak boleh balik kampung halaman sebab PKP, tapi mereka kehilangan insan tersayang kerana dibom sana sini. Kita yang tak mengalami tidak bermakna kita tak boleh merasai. Mungkin agak mustahil untuk kita membantu mereka di sana secara fizikal,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengacara berusia 29 tahun ini mengharapkan agar orang ramai untuk sentiasa mendoakan agar rakyat di Palestin dilindungi Yang Maha Esa.

“Tetapi, sentiasa titipkan doa buat mereka, dan terus sebarkan di media sosial kita tentang keganasan yang sedang berlaku di bumi Islam saat ini.

“Biar dunia sedar tentang kekejaman yang berlaku di Palestine dan negara2 lain yang sedang ditindas. Bukan hanya kes George Floyd yang wajar didengari, tetapi jutaan kes2 lain yang tidak diadili.

“Semoga Allah lindungi kita semua dari kejahatan, keganasan, kesengsaraan & semoga dunia kembali sejahtera #palestine,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Uyaina Arshad

IKLAN