Titip Doa, Selebriti Turut Bersedih Atas Kematian Pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman. AlFatihah…

Share

Kematian pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, Mohd Hafiz Nor Azman selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, petang semalam bukan hanya menjadi berita sedih buat peminat sukan permotoran negara.

Malah, para selebriti yang turut terkejut dengan berita berkenaan, lalu turut sama menitipkan doa atas pemergiaan bintang muda itu ke rahmatullah.

Terdahulu, pemergian Mohd Hafiz turut disahkan Malaysian Cub Prix yang memuat naik gambar pelumba muda berusia 22 tahun itu menerusi laman rasmi Facebook mereka, kira-kira 8.45 malam tadi.

Pelawak dan penyanyi, Achey menerusi Instagram turut mendoakan agar roh arwah dirahmatiNya.

Penyampai radio Hot FM, Fizie turut tekejut atas berita berkenaan.

“Terkejut mendengar berita tentang kehilangannya. Rasanya sebelum balik tadi sempat bersalam-salaman dan bergurau dengan Ibundanya,” tulis Fizie.

MH mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, alFatihah…

Foto: Instagram selebriti

IKLAN