Bahang perlawanan bola sepak akhir Sukan SEA 2017 antara pasukan Malaysia dan Thailand sampai ke kemuncak apabila seluruh negara bakal memberikan perhatian kepada perlawanan epik merebut pingat emas yang bakal berlangsung si Stadium Shah Alam pada malam ini.

Ikuti respons dan kata-kata semangat yang dikongsi oleh artis dan selebriti tanah air sempena perlawanan akhir yang paling dinanti ini.

Datuk Aznil Haji Nawawi

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Saya rasa kita mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah. Insya-Allah Malaysia akan menang pingat emas mengalahkan Thailand 2-0. Harapan saya agar pemain-pemain tidak tertekan dengan harapan orang ramai dan bermain dengan semangat kesukanan yang tebal. Jadikan permainan esok sebagai titik tolak meletakkan maruah bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi, kita mampu gegar dunia.”

Fattah Amin

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Ramalan saya mengatakan Malaysia yang akan menang! Harapan saya sama seperti penyokong yang lain agar pemain-pemain Malaysia akan menghadiahkan hadiah gol terbaik untuk Malaysia. Menang atau kalah merupakan adat pertandingan, namun berada di final sudah pasti rakyat Malaysia semua sangat berbangga dengan pencapaian pemain. Saya percaya para pemain Malaysia akan memberikan yang terbaik untuk harumkan nama negara. Sama-sama kita bersatu menyokong skuad kebangsaan!”

Alif Satar

IKLAN

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Malaysia menang 2-0. Saya jangkakan kedua-dua gol akan dijaringkan di separuh masa kedua kerana berdasarkan pemerhatian saya, team Malaysia kali ini sangat kuat di separuh masa ke dua. Semoga mereka dapat fokus, main dengan disiplin tapi penuh gaya dan ingat bahawa kami rakyat Malaysia akan sentiasa bersama dengan anda.”

Azrel Ismail

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Untuk perlawanan final malam ini, saya yakin, insya-Allah Malaysia akan menang. Harapan saya kepada pemain semoga mereka main bagus-bagus dan buat yang terbaik untuk negara. Setakat ini saya tengok prestasi atlet di Sukan SEA Kuala Lumpur kali ini sangat bagus dan fantastik. Malaysia boleh, harimau Malaya boleh. Go.. go.. gooooo Malaysia!!!”

Zed Zaidi

IKLAN

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Saya terkejut apabila lihat ramai betul yang beratur untuk membeli tiket bola. Ini baru betul-betul sukan yang boleh menyatukan rakyat. Semangat seperti ini yang kita mahukan. Jadi untuk semua pemain, harapan saya supaya kita dapat tebus semula maruah negara. Bagi orang luar pandang sukan bola sepak negara kita dan tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Untuk penyokong pula, saya harap kita semua dapat tunjukkan sikap kita yang terbaik dan teruskan menyokong serta memberi semangat kepada team Malaysia. Saya yakin Malaysia menang sama ada 1-0 atau 2-1.”

Zalif Sidek

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Pasukan kali ini boleh dikatakan menampilkan kehebatan yang sangat luar biasa. Kita boleh lihat semangat juang mereka semasa menentang Indonesia, sampai saya yang berada di rumah pun terasa semangat itu. Kebanyakan pemain juga memang hebat, lebih-lebih lagi Thanabalan. Jadi saya doakan Malaysia akan dapat menjuarai final dengan kemenangan 2-1 dan semoga bola sepak Malaysia terus maju sehingga ke peringkat dunia. Insya Allah.”

Lan Kristal

IKLAN

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Saya jangkakan pasukan MALAYSIA yang akan menang walaupun games semestinya akan sengit. Harapan saya semoga semua pemain sihat dan dapat fokus games dengan baik. Good luck dan jangan loqlaq.”

Ramona Zam Zam

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Saya tak pandai nak agak pasal siapa yang boleh sumbatkan gol, tapi saya rasa Malaysia boleh menang 2-1. Apa yang penting buat yang terbaik untuk negara dan kalau tak menang sekali pun we will always be proud of you!”

Aisya Hasnaa

Tinjauan Final Bola Sepak Sukan SEA – Apa kata selebriti?

“Saya jangka Malaysia akan menang 2-1 ke atas Thailand. Bagi saya semua pemain ada peluang untuk jaringkan gol, yang penting mereka perlu saling bekerjasama, fokus, punya semangat juang yang tinggi dan elak buat kesilapan yang boleh memberi peluang kepada pihak lawan. Semoga pasukan Malaysia dapat mengharumkan nama negara. Mari kita bangkit bersama!”

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI