“Time Tu Tak Sedar Diri!,”- Malu Tengok TikTok Sendiri, Ain Edruce ‘Terkekek’ Ketawa!

Share

Pelakon, Aid Edruce ada memuat naik video di Facebooknya apabila dia mula mengkritik dan memberikan komen terhadap reaksi dan gelagat individu ketika menggunakan aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, tiba sahaja gilirannya, bintang drama 30 Pesanan Suara ini terkejut melihat dirinya beberapa bulan lalu yang turut sama menggunakan aplikasi tersebut.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku boleh jelaskan. Aku baru sahaja daftar sebagai ahli TikTok. Rupa-rupanya aku pernah ada akaun Tiktok juga. Masa ini tak sedar diri!,” kata Ain sambil ketawa besar. 

Berkongsi video Tiktok, Ain setakat ini memiliki 295 pengikut di akaun tersebut.

“Macam manalah aku boleh ada TikTok ni. Aduh! Aku malu! Oh My God! Engkau ni Ain, engkau sama sahaja macam budak TikTok yang lain. I’m really disappointed with you, Ain!,” seloroh Ain sambil menunjukkan jari kearah dirinya sendiri. 

“Apa kau ingat budak-budak TikTok  sahaja boleh buat? Aku pun boleh juga. Tapi bila kita buat sendiri kita happy, tapi bila orang lain buat kita tengok macam nak termuntah. Inilah namanya manusia. 

Jelas anak kelahiran Taiping, Perak ini, dia seronok menggunakan aplikasi tersebut.

“Kesimpulannya, jangan cakap orang bila main TikTok bila diri sendiri pun main juga. Apa-apa pun TikTok ini sangat bagus sebab aku sendiri pun ada,” tegas pelakon berusia 28 tahun itu.

Video: Facebook Ain Edruce

IKLAN