“Time Ni Sebak Sangat,”- Bakal Ibu, Elfira Loy ‘Payung’ Foto Tunang, Syukur Apa Adanya

Share

Pelakon Elfira Loy ada berkongsi foto saat majlis pertunangan bersama Faris Khairol Anuar, Sepetember tahun lalu.

Mengenakan tema warna lembut jingga pastel dalam rekaan Rizman Ruzaini, bintang filem Rentap ini tampak manis dan anggun.

“El tak pernah share sangat gambar masa tunang because this was me during the engagement day sebak sangat , sebak sesebak sebaknya..haha,

“Bersyukur dikurniakan rasa ini . Bersyukur diberikan nikmat merasai doa dikabulkan.


Pengalaman yang lama mengajar el erti kesabaran , ketabahan & keyakinan terhadap petunjuk dari Allah SWT.

“Sabar itu memang indah. To whoever yang mengalami masalah yang terkunci di hati sehingga berat untuk dibacarakan , bicarakanlah kepada Allah.

“Semoga Allah juga memmberikan petunjuk kepada kalian.. btw! Baju ni abang @rizmanruzaini buat sukaaaa gila , akhirnya boleh post ehehehehehe. Harap-harap lepasni muat balik nak pakai balik ! sebab haritu tak tangkap gambar banyak,” tulisnya panjang lebar.

Menerusi ruangan komen,netizen telah memberikan komen yang pelbagai.

Dalam perkembangan lain,El kini hamil enam bulan dan mahu merahsiakan jantina kandungannya itu.

Untuk rekod, El mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort, Cyberjaya.

Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN