Tahniah diucapkan kepada pelakon, Datin Almy Nadia yang telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada jam 3.49 pagi Rabu.
Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi hantaran di akaun Instagram.
Almy atau nama lengkapnya, Almy Nadia Aminuddin Shah selamat bersalin di Hospital Columbia Asia, Setapak, Kuala Lumpur.
Teruja atas kehadiran permata hati baru dalam keluarga, Fizz meluahkan rasa syukur atas segala urusan bersalin dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan, amin. 4-0 keputusan sekarang…hehe @almynadiaofficial,” tulisnya.
Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Ads
Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin menzahirkan rasa kebimbangannya terhadap varian baru virus Covid-19, Omicron yang dikhabar telah tersebar di seluruh dunia.
Menurut Shahrulezad, dia menjangkakan bahawa Malaysia berkemungkinan besar bakal berhadapan sebuah lagi fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.
Bagaimanapun, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijat menyeru kepada semua pihak untuk kekal tenang dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.
“Nampak gaya macam tak beraya lagi la kita tahun depan gais. Hehe. Standby jer lah another PKP kalau virus Omicron berjaya masuk ke Malaysia (I am sure it will)
“Dont worry guys. Kita ada Allah. One of the hikmah pandemic ni rasa kebergantungan kita pada Allah semakin meningkat. InsyaAllah,” tulisnya.
Kegusaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Shahrulezad turut menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran serta berzikir agar hati kekal tenang bagi menghadapi detik sukar ini.
“Amalkan saja dua ayat terakhir surah Al Baqarah, ayat 83 surah Al Anbia dan ayat 84 Surah Ghafir. Oh yer amalkan selawat sebanyak mungkin setiap hari.
“Dahulukan Allah dalam saat saat begini insyaAllah kita akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Shahrulezad turut menyifatkan segala dugaan yang berlaku ini mempunyai hikmah disebaliknya.
“Rezeki dan ajal kita semata mata di tangan Allah. Semua dari kita akan mati jua akhirnya. Cuma pengakhiran yg bagaimana kita mahu kan. So dont worry. We can plan from now
“Ingat. Apa jadi sekali pun kasih sayang dan rahmat Allah pada kita melebihi segala galanya. Tentu ada hikmah disebalik semua yg berlaku ni,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar keadaan negara dapat terhindar daripada wabak penyakit, Covid-19.
“Semoga Allah pelihara kita semua Malaysia negara kita.
“Tenang baca post you. Tenang je rasanya. Ya kita ada Allah SWT.
“Terima kasih atas peringatan. Berdebar rasa.
“Thank you for sharing. Will do,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Shahrulezad juga merupakan salah seorang pesakit yang telah sembuh daripada wabak Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tiada angin tiada ribut, penyanyi Ariff Bahran,23, rupa-rupanya sudah pun bergelar suami lebih tiga bulan lalu.
Ia susulan tindakan penyanyi berkenaan yang dilihat menyarungkan cincin lalu mencium dahi seorang wanita lengkap mengenakan gaun pengantin, sejurus membuat persembahan duet bersama Sarah Suhairi di malam kemuncak Anugerah Drama Sangat 2021 menjadi perhatian ramai.
Ariff dan Sarah membuat persembahan menerusi lagu Bicara Rasa.
Bagaimanapun, perkara itu terjawab selepas hos, Nabils Huda dan Ain Edruce mendedahkan, wanita dikucup Ariff ialah isteri bintang terbabit.
“Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nabila.
Ariff sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan rakan duetnya itu, namun masing-masing menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sesama artis.
Sementara itu, Ariff setakat ini belum memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Cuma, pada profil akaun Instagram rasminya, ia sudah pun tertera ‘singer/songwriter/husband’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.
Perkongsian tersebut dikongsikan penyanyi berusia 48 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, pada Khamis.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis hari bahagianya itu.
“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.
Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.
“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.
“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram, Berita Harian (ihsan Nora Ariffin),
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...