Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.
Perkongsian tersebut dikongsikan penyanyi berusia 48 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, pada Khamis.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis hari bahagianya itu.
“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
Ads
“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.
Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.
“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.
“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Ads
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram, Berita Harian (ihsan Nora Ariffin),
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas mendedahkan ada menerima gambar-gambar berunsur lucah di ruangan direct message (DM) Instagram, pelakon, Tiz Zaqyah sekali lagi tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang mempertahankan tindakan terkutuk itu.
Menurut Tiz, ada yang menganggap masalah tersebut berpunca daripada dirinya sendiri yang dikatakan sering berpakaian seksi serta menjolok mata.
Kongsinya lagi, tambah menyedihkan, apabila kebanyakkan komen-komen tersebut datangnya daripada kaum hawa sendiri.
Aku kesian dekat perempuan yang cuba defend pasal hal ni. Kau tengok la mentaliti yang lain tu? Dorang semua ni defend si golongan sex offenders ni. Elok la. pic.twitter.com/13OyPafz4t
“Aku kesian dekat perempuan yang cuba defend pasal hal ni. Kau tengok la mentaliti yang lain tu? Dorang semua ni defend si golongan sex offenders ni. Elok la.
“Jangan takut defend yourselves pasal benda ni. Kita perempuan, cover each other’s back. Jahanamkan dorang ni semua. Yang kena kita. Badan kita. Perasaan kita. Bukan dorang tu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Sarah Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Tiz turut menyeru kepada wanita diluar sana untuk tampil lebih berani bila berhadapan dengan isu ganguan seksual ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Tiz selain turut menzahirkan rasa kecewa terhadap individu yang membela perbuatan terkutuk itu.
Sumber : Twitter Tiz Zaqyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan personaliti media sosial, Mat Dan meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pemandu lori yang dikatakan telah membuang sampah keluar daripada tingkapnya ketika dia sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuala Lumpur.
Menurut Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah, perbuatan tersebut sememangnya tidak boleh diterima kerana ia boleh mengundang bahaya.
“Assalamualaikum, tak reti bahasa sungguh lori yang dekat depan saya ni, BLB 396. Dia tengah memandu di hadapan, tiba-tiba dia buang satu plastik daripada tingkap lori tu.
“Kalau tertutup saya windscreen saya macam insiden motosikal baru-baru ni macam mana? Perbuatan macam ni bahaya. Tak boleh buat macam tu,” tulisnya.
Rasa tidak puas hati itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, perubahan sikap itu seharusnya bermula daripada diri sendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.
“Attitude tu sangat teruk. Selalu ambil lewa sebab harapkan DBKL yang akan buat kerja. Jadi, tiada masalah kalau buang merata-rata pun. Tak boleh berfikiran macam tu. Sampai bila nak buat macam tu?,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran Mat Dan ini dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak.
“Saya pernah kena. Bawak kereta mahal tapi makan lepas tu buang jer polistrine makanan tu ikut tingkap kena kereta saya. Tak faham la attitude orang macam ni.
“Kebersihan itu SEPARUH dari iman.
“Betul memang banyak yang bersikap begitu tiada rasa tanggungjawab.
“Betul. Memang angin je kalau duduk belakang kereta yang duduk buang sampah main lempar keluar tingkap. Mentaliti masih di takuk lama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Mat Dan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita asal Terengganu Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Zayne Tyler, 3, dan Muhammad Eydan Tyler, 1.
Mat Dan juga dikenali sebagai hos beberapa program televisyen, antaranya Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan, selain pernah muncul sebagai pelakon.
Sumber: Instagram Mat Dan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Dira Abu Zahar ada memuat naik beberapa keping gambar ketika menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga di laman media sosial Instagram menyambut hari raya Aidilfitri bersama anaknya, Tengku Anggun Deandra.
“Nak sama tinggi dah. Sikit hari lagi habis lah wardrobe den. Waimah apa Jadi.
“Tak pernah beraya xde dia. Alhamdulillah atas nikmat yg satu ni. Syukur syukur syukur,” tulisnya.
Terdahulu, Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Tengku Anggun Deandra.
Namun, pasangan ini telah berpisah pada tahun 2010.
Selepas itu, Dira telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada tahun 2013.
Bagaimanapun, perkahwinan Dira sekali lagi gagal dan mereka bercerai pada tahun 2016.
Foto: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aprena Manrose akhirnya tampil mengesahkan dia telah bercerai dengan suaminya, Mohd. Afiq Hazman, sekali gus menamatkan segala teka-teki dan spekulasi yang bertebaran sebelum...