Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat tidak dapat menahan rasa teruja apabila berpeluang untuk menyaksikan sesi latihan terakhir kumpulan terkenal Korea Selatan, BlackPink, petang tadi.
Konsert skala besar yang bakal berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil itu adalah bersempena dengan konsert jelajah dunia girl group berkenaan.
Ayda sempat merakamkan momen tersebut lalu dikongsikan di Instagram miliknya hingga menjadi sorotan peminat.
“OMG! You’re so cute!! @lalalalisa_m. Nak post The Masked Singer Malaysia tapi jap… Lisa cakap ‘hi…’ kat korang. Aww!
“Thank you @myboostapp for the tix! Nabil dah beli tix for my birthday present haritu but Boost bagi VIP tix better seat front row for me!
Ads
“Double happy, advance birthday present! Kenapa Boost bagi? Nanti la announce. My rezeki lagi.. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen rata-rata turut sama teruja di samping tak kurang yang ‘cemburu’ kerana penyanyi lagu Mata itu berpeluang untuk bersua muka dengan kumpulan muzik wanita terkenal dunia itu.
Ads
Terdahulu, Blackpink memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke negara Barat bermula di Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.
Konsert jelajah kumpulan itu memasuki negara Asia bermula dengan persembahan di Bangkok, Thailand pada 7 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi senior, Datuk Aishah Ariffin mendedahkan dirinya sudah menjadi mangsa body shaming sejak usianya masih kecil.
Menurut Aishah, body shaming ini merupakan satu perbuatan yang kejam dan mampu memberi kesan buat kesihatan mental.
“Saya menderita dengan isu body shaming ini sejak daripada kecil lagi. Saya dah lali. Jadi, bila berat badan saya dan menurun, saya kena berhati-hati ketika bercakap.
“Saya tak boleh kata badan kurus lebih baik daripada berisi. Saya tak kisah dengan pilihan masing-masing. Saya terpaksa menurunkan berat badan dan jalani pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan.
“Pada saya, body shaming satu perbuatan yang sangat kejam. Bayangkan daripada kecil seseorang itu dah kena body shamming, mereka berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah mental dan tekanan perasaan,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, tambah menyedihkan apabila sikap seperti ini sering kali ditunjukkan oleh ahli keluarga sendiri.
“Orang kita kena berhenti menegur fizikal orang lain. Disebabkan perkara seperti ini, ada sesetangah yang tidak mahu menghadiri acara keluarga.
“Ambil contoh anak lelaki saya, ketika masih kecil, badannya agak berisi. Ada pula yang mempersoalkan makanan yang diberikan ibu bapa. Siap kata badan anak saya terlalu besar.
“Saya pernah kena secara bersemuka di hadapan orang ramai. Dia minta orang nasihatkan saya untuk kuruskan badan sebab terlalu gemuk. Bayangkan sendiri perasaan kita di hadapan orang ramai itu. Saya rasa teruk sangat.
“Saya tak tahu kalau perkara ini dah menjadi budaya di negara kita. Saya menetap lama di luar negara dan isu body shamming ini sangat sensitif,” ulasnya lagi.
Penyanyi lagu Janji Manismu itu berkata sedemikian ketika majlis sidang media Program Berbuka Puasa Bersama Datuk Aishah dan Ezad Lazim baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aishah akui perubahan berat badannya ketika ini sememangnya menjadi motivasi buat dirinya untuk terus mengamalkan budaya hidup sihat.
“Saya agak seronok kerana sekarang ini saya lebih mudah nak membeli baju baru. Hanya orang berbadan besar sahaja tahu macam mana rasanya bila nak beli baju tapi tiada saiz.
“Kini saya dah muat baju saiz ‘s’. Baju-baju lama saya terpaksa disedekahkan. Ramai mangsa banjir yang dapat baju saya. Saya pun ada beri kawan-kawan. Semuanya hampir 20 beg. Itu belum masuk baju-baju show lagi.
“Kini saya boleh pakai baju kurung kebaya. Dulu saya selalu berdoa agar saya dapat pakai baju kebaya. Kini ada pula jenama yang nak menaja saya baju kebaya. Saya gembira sangat,” akhirinya.
Terdahulu, tiket bagi program buka puasa bersama Aishah dan Ezad Lazim kini sudah mula dijual secara individu dan meja bermula minggu ini.
Malah, 15 peratus daripada hasil jualan tiket akan disumbangkan buat Rumah Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khatijah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan dia pada awalnya ragu-ragu untuk mendedahkan anak, Ana Nayla terhadap bidang komersial, namun bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.
Ayda berkata, dia mengenangkan puteri sulungnya itu yang masih kecil dan bimbang sekiranya Nayla sukar menerima situasi proses penggambaran.
“Pada awalnya saya tidak nafikan ada perasaan risau. Sebab bukan senang sebenarnya untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, lebih-lebih lagi anak kecil.
“Bayangkan kalau orang dewasa pun ada rasa penat, apatah lagi bayi. Apa pun saya dan Nabil akan pastikan Nayla berada dalam keadaan baik kalau dia ada terlibat dengan mana-mana komitmen penggambaran bersama kami” katanya.
Percaya rezeki, penyanyi lagu Mata ini bersyukur kerana anaknya itu menjadi pilihan jenama tertentu.
Namun, dia dan suami sepakat untuk selektif sekaligus menetapkan syarat tertentu sekiranya ada label yang berminat menjadikan Nayla sebagai wajah wakilan.
“Nayla bakal menginjak usia dua tahun September ini. Jadi untuk pastikan dia tidak penat atau meragam, kami pastikan dia dapatkan rehat yang cukup.
“Malah dia ada waktu tidurnya sendiri dan penggambaran dihentikan seketika. Pihak produksi memahami dan terbuka dengan cara kami.
“Alhamdulillah juga kerana saya fikir ini rezeki anak dan jenama yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Kami pun memang menggunakan jenama terbabit untuknya.
“Jadi proses penggambaran jadi lebih mudah dan tak panjang. Syukur, setakat ini Nayla beri kerjasama yang baik. Paling penting, kena memainkan lagu kegemarannya ketika sesi berjalan.
“Nayla juga ada akaun bank sejak usianya enam bulan lagi. Semua hasil yang diterima Nayla disimpan dalam akaun tersebut. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan amaun yang diterima dalam setiap kerja kami untuknya juga.
“Ini rezeki dan kami memang menyimpan demi masa depan Nayla. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya.
Ayda ditemui di majlis istimewa jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Itali, Chicco, baru-baru ini yang menyaksikan keluarga ini dipilih sebagai duta mereka.
Pada majlis sama, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘sterilizer’, ‘dryer’, ‘bottle warmer’ dan ‘MYSA stroller’.
Menyifatkan peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, Ayda akui menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan khas.
“Kerjasama Chicco ini memang kami anggap rezeki Nayla. Malah kerjasama yang terjalin bersama Chicco terjadi sejak Nayla lahir lagi kerana kami memang menggunakannya.
“Untuk anak, tidak salah untuk ibu bapa berikan yang terbaik dan sudah tentulah Chicco menjadi pilihan kerana kualitinya,” kata Ayda lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil optimis memberikan penerangan terperinci mengenai penggunaan kereta sorong bayi kegemaran mereka ketika acara berlangsung.
Turut diadakan pada acara sama ialah perkongsian daripada wakil Chicco yang berkongsi mengenai isu keibubapaan dan pengurusan anak kecil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Malang tak berbau. Pelakon Fasha Sandha terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kiriya pada Rabu.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, cedera dipercayai akibat terjatuh ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.
Menerusi kenyataan yang dibuat pihak pengurusan Fasha di laman Instagram milik aktres tersebut, mata kiri dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam selepas secara tidak sengaja ditolak Azhan bagi menjayakan babak tersebut.
“Kakak (Fasha) mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital Pakar di Johor Bahru.
“Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha,” tulis kenyataan tersebut.
Video insiden itu turut dimuat naik yang mana kedengaran suara Azhan memohon maaf dan Fasha dilihat menangis menahan kesakitan.
Dalam kenyataan itu juga mengatakan Fasha akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.