Wow! Hebat betul penangan kumpulan One Republic di Malaysia apabila tiket kategori CAT 4 (tempat duduk bebas) sudah habis dijual.

Selain itu, tiket untuk tempat duduk VIP pula semakin laris jualannya. Ini menandakan tidak banyak tempat yang tinggal di mana hanya tinggal bahagian Rockzone, CAT 1, CAT 2 dan CAT 3 sahaja.

Sebelum ini, MH pernah berkongsi kumpulan pop rock ternama America Syarikat, One Republic bakal kembali beraksi di Malaysia pada 25 April bertempat di Stadium Merdeka bermula jam 8 malam.

Tiket CAT 4 Konsert One Republic Live In Malaysia Habis Dijual!

IKLAN

Konsert ini merupakan sebahagian daripada rangka bergerak kumpulan yang dianggotai Ryan Tedder, Zach Filkins, Drew Brown, Eddie Fisher dan Brent Kutzle ini untuk mempromosikan album keempat mereka, ‘Oh My My’.

Dalam pada itu, konsert ini turut mendapat sokongan daripada Malaysia Major Event (MME), Bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bahawa Kementerian Pelancongan Malaysia.

IKLAN

Kalau korang nak tahu, untuk konsert itu nanti, kumpulan tersebut bukan sahaja akan mempersembahkan lagu terbaru mereka tetapi juga lagu hits yang dipetik melalui album terdahulu mereka.

Tiket CAT 4 Konsert One Republic Live In Malaysia Habis Dijual!

IKLAN

Semestinya, lagu-lagu seperti Apologize, Stop and Stare, Secret, All The Right Move, If I lose Myself dan Counting Stars merupakan yang dinanti oleh peminat.

Dalam pada itu, untuk pengetahuan korang juga, kali terakhir One Republic menjejakkan kaki ke tanah air adalah pada tahun 2013 lalu. Semestinya konsert kali ini amat dinanti peminat kan?

Apa tunggu lagi, peminat boleh dapatkan tiket menerusi Ticket Charge atau menerusi talian 03-92228811 serta tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI