Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu.
Perkara itu mulai diperkatakan menerusi pendedahan pengguna laman Twitter yang memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi dua bintang berkenaan, baru-baru ini.
Bagaimanapun, lapor Harian Metro, Janna ketika dihubungi menafikan dakwaan berkenaan.
Pemilik nama lengkap, Nurul Jannah Muner itu menjelaskan, tiada sebab untuk dirinya mendirikan rumah secara secara senyap kerana dia bukan bercinta dengan lelaki berstatus suami orang.
Ads
Janna pada masa sama tidak menafikan perancangan untuk ke fasa tersebutdan akan berkongsi lanjut mengenainya.
“Perancangan untuk berkahwin memang ada tapi tidaklah sampai nak kahwin lari. Saya bukan bercinta dengan suami orang.
“Sekiranya segala persiapan sudah dibuat dengan rapi, saya pasti akan umumkan tarikh perkahwinan kepada umum.
Ads
“Namun, dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala. Jangankan kenduri kahwin, nak buat majlis rumah terbuka pun tak lepas,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, hos Melodi itu turut menegaskan tindakan tegas akan diambil kepada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dirinya.
Ads
“Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa atas penyebaran maklumat peribadi di bawah Akta Hak Perlindungan Peribadi.
“Apa pun, selamat berpuasa dan semoga Malaysia bebas Covid-19. Kita doakan agar semua kembali pulih seperti sedia kala,” akhiri Janna.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali ada berjanji kepada para peminatnya bahawa dia akan memberikan nombor telefon peribadinya sekiranya lagu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan di laman Youtube.
Kurang 24 jam daripada pengumuman tersebut, akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya Hael Husaini itu telah pun mencapai angka berkenaan tidak sampai tiga hari ia dimuat naik.
Oleh itu, Nabila telah pun mengotakan janjinya dengan memuat naik nombor telefonnya itu di laman Instagram.
Tidak lama kemudian, Nabila memuat naik pula sebuah video mendedahkan bahawa telefon bimbitnya ketika ini tidak henti-henti menerima mesej pesanan di aplikasi Whatsapp.
“Lajunya korang Whatsapp. Meletoplah telefon Bella ni kang.
“Phone Bella dah hang.
“Matilahh nakk,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Nabila melayan karenah peminat selain turut menitipkan ucapan tahniah diatas pencapaian luar biasa lagu tersebut.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Adzrin Adzhar berkongsi perbualan telefon dengan ibunya yang kesedihan akibat terpisah lama dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Jelasnya yang sinonim membahasakan diri sebagai ‘abang’, walaupun jarak rumah dengan ibu hanya 6.4 kilometer, namun dia tetap tidak mahu mengambil risiko kerana faktor usia ibu yang sudah lebih 65 tahun dan merupakan pesakit kanser.
Katanya, dia dan ibu takut untuk berjumpa kerana kedua-duanya merupakan individu berisiko tinggi untuk dijangkiti dan bimbang tiada peluang untuk sembuh.
“Post smlm japlg abang reply eah. Hahaha. Walaupun Jarak Rumah abang dengan mak abang 6.4km SAHAJA.
“Tapi sebab mak abang umur dah above 65. Abang pulak ada cancer.
“Dua2 takut nak jumpa satu sama lain sbb takut terbawak covid19 kat satu sama lain Nauzubillah. Dua2 golongan kalau kena Nauzubillah takleh survive.
“Jadi kita bersabar je lah. PKP4 habis je nanti kita bukak puasa sama2 ye ma. Eh ke dah raya itu jam,” kongsinya.
Fasa ketiga PKP bermula 15 April sehingga 28 April dan rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menjalani ibadah puasa dan menjalankan solat sunat terawih di rumah bersama keluarga.
Foto : Instagram Adzrin Adzhar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lagu Setanggi Syurga yang pernah dinyanyikan kumpulan nasyid, InTeam lebih 16 tahun lalu kini dirakamkan semula dengan nafas baru yang lebih segar.
Versi baru single yang pernah dimuatkan menerusi album kumpulan berkenaan, In-Team ‘04 itu turut menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar.
Kini disebut sebagai Setanggi Syurga 2020, syarikat rakaman 17Eleven Music bakal melancarkan Setanggi Syurga 2020 pada 21 April lalu bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tahun ini.
Muhammad Hazamin Harun yang juga anggota kumpulan Inteam berkata, kerjasama dengan Khai tercetus selepas kejayaan lagu Sesungguhnya, iaitu kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar tahun lalu.
“Selepas lagu Sesungguhnya kolaborasi antara Raihan dan Alif Satar meletup pada Ramadan tahun lalu sehingga tular, kami melihat masih ramai sebenarnya yang merindui alunan lagu nasyid.
“Ditambah pula dengan kolaborasi lama dan baru menjadikan ia sesuatu yang menarik untuk diperdengarkan kepada peminat ketika ini.
“Maka dari situ kami mula merancang untuk membuat kolaborasi sedemikian. Disebabkan lagu ini mahu dilancarkan pada bulan Ramadan, jadi kami perlu mencari lagu yang paling sesuai,” katanya.
Menurut Hazamin, lagu Setanggi Syurga berbentuk munajat dan berkaitan dengan syurga.
”Memandangkan kami bercadang melancarkan kolaborasi ini pada bulan Ramadan, jadi kami memilih lagu berbentuk munajat dan berkaitan dengan Syurga ini.
“Kebetulan pula kami pernah melihat video Khai Bahar menyanyikan lagu ini dalam persembahan,” katanya.
Mengenai pemilihan Khai, Hazamin berkata penyanyi lagu HatiNyawa itu mempunyai karektor suara unik selain imej positif yang dimiliki.
“Kami melihat Khai kerana dia penyanyi yang berpewatakan sangat baik dan berimej positif. Tambahan pula dia banyak menyanyikan lagu ketuhanan.
“Dalam masa sama, Khai memang meminati lagu Inteam dan pernah membawa lagu kami dalam persembahan. Pendek kata, Khai sudah faham dan tahu mengenai lagu Inteam,” katanya.
Berbeza daripada lagu asal, Setanggi Syurga 2020 menampilkan susunan muzik dan cara nyanyian yang lebih matang.
“Lagu Setanggi Syurga 2020 ini menampilkan kelainan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian juga. Muzik kali ini banyak menampilkan instrumen ‘live’ dan lebih bersifat akustik berbanding yang terdahulu. Susunan muzik dan cara nyanyian juga lebih ‘catchy’ dan matang.
”Insya-Allah, kami yakin lagu ini akan pergi jauh dan mendapat tempat dalam kalangan peminat Inteam dan Khai bahkan penggemar industri muzik tanah air keseluruhannya.
“Ini kerana lagu ini ada kekuatan tersendiri, ciptaan gandingan mantap komposer Isman Hijjaz dan penulis lirik Ito Lara yang pernah menghasilkan banyak lagu nasyid popular era hujung 90-an dan awal 2000,” katanya.
Dalam masa sama, Hazamin berkongsi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sekarang tidak menghalang mereka untuk terus mempromosikan lagu itu.
”Insya-Allah, kami akan menggunakan segala ruang yang di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Kami juga akan mengadakan sesi siaran langsung di IG sempena pelancaran lagu di media sosial untuk merancakkan lagi promosi lagu ini.
“Selain itu, kami juga mungkin akan merakam video nyanyian lagu ini dalam versi PKP yang akan dirakam di rumah masing-masing,” katanya.
Selain Hazamin, Inteam turut dianggotai oleh
Mohd Syahril Abd Khalid, Abdul Rahim Osman dan Hisyam Ahmad.
Sementara itu, Khai pula menambah, dia teruja apabila pertama kali mendapat tawaran daripada Inteam sekali gus tanpa berfikir panjang menerima pelawaan itu.
“Pihak Inteam ‘approach’ saya dan sangat teruja. Tanpa fikir panjang saya terus terima. Kebetulan saya memang nak berkolaborasi dengan kumpulan nasyid antaranya Inteam. Terima kasih pada Inteam kerana beri saya peluang dan kepercayaan untuk bekerjasama.
“Sebelum ini, kami belum pernah bekerjasama. Kiranya, lagu ini adalah kerjasama pertama kami. Memang sangat teruja dan harap semua dapat terima dengan baik,” katanya.
Mengenai lagu itu, Khai mengakui Setanggi Syurga ada lagu kegemarannya.
“Ramai sudah tahu lagu ini. Ia sedap didengar dan antara lagu kegemaran peminat lagu nasyid dari dahulu sampai sekarang.
“Malah, ia juga lagu kegemaran saya. Jadi, bagi saya kenapa tidak untuk rakamkan lagu ini tapi dengan versi yang lebih segar,” akui Khai.
Menyentuh soal perbandingan yang bakal timbul membabitkan kolaborasi dirinya bersama Inteam dengan Raihan dan Alif Satar, Khai berkata perkara itu tidak seharusnya timbul.
“Saya sudah bersedia dengan apa juga maklum balas. Cuma bagi saya, tidak perlu dibandingkan.
“Sebab, untuk lagu sedia ada, yang sedap dan pernah dengar, jika diberi nafas baru ia akan menjadi satu kelainan. Jadi bagi saya, tak rasa akan ada isu perbandingan ini,” katanya.
Terdahulu, muzik video lagu Setanggi Syurga 2020 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada Selasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...