Drama rantaian, Nur 2 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Bagaimanapun, “rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’ apabila babak Juita ditahan kerana dituduh merogol Ustaz Adam terus menjadi perbincangan netizen.
Lalu, individu bernama Nor Zabetha yang difahamkan seorang peguam telah mengemukakan pendapatnya tentang sistem perundangan yang digunakan dalam episod terakhir drama tersebut, semalam.
Ulasnya, tidak pernah terjadi dalam sistem perundangan Malaysia di mana seorang wanita ditahan kerana merogol seorang lelaki.
Katanya, undang-undang tidak boleh difiksyenkan.
Ini dia penjelasannya seperti yang dipetik;
“Episod terakhir Nur 2, akhirnya Juita ditangkap kerana dakwaan merogol Ustaz Adam.
“Betul atau tidak olahan babak ini jika dibandingkan dengan undang-undang realiti. Drama ini adalah fiksyen, pun begitu fakta undang-undang sama ada fiksyen atau realiti, perlu tepat.
“Yang fiksyen adalah watak dan jalan cerita, undang-undang tidak boleh fiksyen kerana rosak fahaman awam nanti.
Ads
“TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA seorang wanita ditahan, disiasat atau didakwa kerana merogol seorang lelaki. Sepanjang 10 tahun saya beramal sebagai peguam juga tidak pernah saya mendengar kes ini. Babak Juita ditahan kerana merogol seorang lelaki adalah salah sama sekali.
“Kenapa? Dalam Kanun Keseksaan memberi pendefinisian rogol dibawah Seksyen 375 iaitu seorang LELAKI dikatakan merogol apabila melakukan hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaaannya atau tanpa kebenarannya dan selebihnya boleh semak sebahagian akta dalam gambar dibawah, saya kongsi.”
Jelasnya, rogol terjadi apabila pelakunya lelaki dan mangsa adalah wanita.
“Secara asasnya elemen yang perlu dipenuhi sebelum siasatan kes dimulakan adalah pelaku Lelaki dan mangsa wanita. Itu sebabnya akta bezakan ‘his’ sebagai pelaku dan ‘her’ sebagai mangsa. Perbezaan jantina.
“Dalam kes ini Juita tidak memenuhi elemen pertama iaitu pelaku seorang lelaki. Polis tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan Juita tidak jatuh kategori rogol berdasarkan Kanun Keseksaan.
Ads
“Elemen seteruskan paksa dan tanpa kebenaran sama ada dibuat secara ugutan atau penipuan atau salah anggap.
“Sewaktu menonton babak ‘saya hendak buat laporan rogol’ oleh Ustaz Adam, saya faham Ustaz Adam adalah orang awam jadi dia secara naif merujuk situasinya kepada pejabat polis tetapi dalam drama tersebut sepatutnya polis yang perlu menegur Ustaz Adam tentang undang-undang. Adam tak tahu undang-undang.
“Mungkin polis boleh cadangkan laporan dan siasatan dibuka bagi perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam kopi Adam dan bukan tuduhan rogol terhadap Juita. Tetapi apabila polis ke rumah Juita, mereka menahan Juita dan mengatakan “Cik Juita anda ditahan atas tuduhan merogol”. Hahahah.. Babak yang mengelirukan dan memberikan fahaman salah.
“Jadi ingat ya. Rogol pelaku mesti lelaki dan mesti mangsa perempuan. Kalau lelaki dengan lelaki itu bukan rogol di bawah Seksyen 375 dan boleh dihukum bawah Seksyen 376 itu adalah perbuatan Sodomi bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 377C. Jatuh bawah kategori jenayah luar tabii.”
Tulisnya lagi, perbuatan Juita bukanlah jatuh dalam definisi rogol.
Ads
“Kalau perempuan dengan perempuan juga bukan kira rogol kerana tidak mengikut definisi rogol yang diperuntukkan.
“Begitulah undang-undang jenayah. Setiap kesalahan perlu melihat sama ada ianya memenuhi setiap elemen jenayah. Kalau tidak cukup, polis boleh menyiasat tetapi pendakwaraya tidak akan beri izin untuk buka kes di mahkamah, jadi memang kebiasaannya polis tidak akan siasat bila tahu elemen tidak mencukupi.
“Kalau cukup elemen dan kes pula tidak kukuh dan ada ‘loop hole’ atau kekurangan bukti, contohnya kes rogol walaupun DNA si lelaki tetapi tidak ada bukti paksaan, semua bukti-bukti perbualan whatsapp selepas hubungan seks menunjukkan si perempuan setuju dan siasatan ke atas tubuh badan perempuan juga tidak ada elemen paksaan. Kebiasaannya juga tidak bawa ke mahkamah kerana kemungkinan pelaku dibebaskan adalah tinggi.
“Jom belajar undang-undang supaya kita jadi warga bijak. Dikongsikan oleh Nor Zabetha. Sebarkan ilmu walau sebaris ayat,” jelasnya panjang lebar menerusi Facebook.
Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian seterusnya mendapat reaksi pelbagai pengguna media sosial.
Episod terakhir Nur 2, akhirnya Juita ditangkap kerana dakwaan merogol Ustaz Adam.Betul atau tidak olahan babak ini…
Lalu kecomelan si adik, Syifa menjadi perhatian apabila mengajuk segala percakapan abangnya dengan spontan.
Namun sesuai dengan gelaran ‘makcik bawang’, walaupun video berunsur nasihat, ada sahaja yang tidak kena.
Termasuklah Mat Ipang yang turut dijadikan bahan jenaka.
Apapun, ada betulnya juga apa yang dikongsikan itu. Nak beri komen boleh, tetapi biarlah guna perkataan beralas dan tegur kena pada cara, bukan sampai jatuhkan air muka.
Foto – Instagram Mat Ipang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mia Ahmad sebelum ini pernah terpalit dengan isu mengenai pergolakan rumah tangga dengan suami, Mohd Izham Tarmizi.
Bagaimanapun, Mia ketika ditemui di sidang media drama Nur 2 berkata dia kini sedang dalam proses membaik pulih dengan Izham yang juga penjaga gol pasukan JDT.
“Alhamdulillah. Semakin baik dgn suami okay je. Kami lalui fasa genting dulu tapi sekarang fasa untuk kenal dan sedang memperbaiki diri masing-masing,” kata Mia kepada MH.
Mia, 31, turut menambah mahu melupakan perkara ‘hitam’ dalam dirinya apabila difahamkan Izham berlaku curang ketika dirinya sedang berpantang anak sulung Oktober lalu.
“Saya kalau boleh tak mahu ingat sebab perit sangat untuk saya telan,” kata Mia ringkas.
Bagaimanapun, keluarga merupakan penguat semangat baginya dalam meneruskan kehidupn seperti biasa.
“Saya perlukan sokongan keluarga. Carilah keluarga. Tapi kalau boleh tak nak terlalu bebankan mereka memandangkan mereka pun sudah tua..
“Tp saya sendiri pun tak sanggup menanggung seorang diri. Mungkin tanpa mereka saya akan bertindak lebih teruk,” jelas Mia ketika ditemui media di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada Selasa.
Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.