“Saya cubalah tapi tidak mendapat apa-apa reaksi,” itu kata pelakon dan penyanyi, Ning Baizura apabila ditanya sama ada dia cuba menghubungi Datin Paduka Marina Mahathir bagi mendapatkan pandangan sebelum mendukung watak sebagai aktivis sosial itu menerusi filem Mahathir The Journey.
Malah akuinya lagi, dia turut cuba menghubungi Marina menerusi platform media sosial selain cuba berusan menerusi panggilan telefon.
“Saya hubunginya di Twitter dan telefon tapi tak dapat reaksilah.
“Sebagai pelakon yang melakonkan watak yang bukan fiskyen, seorang yang masih lagi hidup…Saya cuba hubungi tapi saya tak mendapat respon yang positif.
“Tidak mengapalah, saya lakukan kajian sendiri selain cuba dalami karektornya menerusi medium lain,” katanya Ning yang turut menyifatkan apa yang ditulis Marina menerusi media sosialnya adalah pandangannya sendiri dan menghormatinya.
Bintang yang sinonim menerusi lakonannya dalam Malaikat Di Jendela itu bagaimanapun turut menyifatkan filem ini mengangkat kisah perdana Menteri yang dikagumi semua orang dan Marina adalah sebahagian dalam keluarganya.
Ditanya apakah yang menarik perhatiannya untuk terlibat di dalam filem berskala besar ini setelah lama tidak muncul di layar perak, Ning menjelaskan kelainan watak yang diberikan memberi peluang buatnya untuk mencabar diri, cuba sesuatu yang baru.
Ads
“Kebanyakan yang terlibat dalam filem ini pun ‘otai’, jadi ada juga yang saya belajar dengan mereka. Pada masa sama, saya ada belajar lenggok badan serta gaya Marina menerusi YouTube juga.
“Masa tahu saya dapat watak Marina, saya terus cuba buat kajian sekitar tiga bulan jugalah sebab pada awalnya tidak percaya dapat pegang watak individu yang dikenali dan masih lagi hidup.
“Watak ini yang menarik perhatian kerana rasanya sudah lama saya tak berlakon filem selain cabarannya yang berbeza dari apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.
“Meski pada awalnya saya sangka ini adalah filem yang berunsurkan politik semata, tetapi bila pengarahnya, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dedah beberapa kali skripnya diubah suai dan dikemas kini, bila bacanya balik ia menarik perhatian saya.
“Ia bukan ‘Ning Baizura’ langsung. Jadi itu pun sudah jadi satu cabaran. Anak kepada Tun M. Dalam filem ini dia agak tegas. Ketegasan itu ialah apabila dia cuba untuk tegakkan keadilan keluarga. Dia kalau boleh mahu bapanya buat sesuatu dengan lebih baik.
Ads
“Itu tugas saya untuk watak tersebut dalam filem ini. Dia yang bantu dari segi skrip, ceramah bapanya. Ada elemen dramanya di situ,” jelasnyalagi.
Terdahulu, Ning ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Hotel tersebut turut melakar memori tersendiri apabila ia menjadi lokasi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sidang media tergempar semasa malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018 lalu.
Filem Mahathir The Journey mengisahkan mengenai perjalanan kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Ads
Selain Ning Baizura membawakan watak Datin Paduka Marina Mahathir, barisan pelakon filem terbabit ialah Azhar Amir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah Anwar), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan Harminder Singh (Gobind Singh Deo).
Filem arahan Profesor Mohamad Hatta Azad Khan ini menelan belanja sekitar RM6 juta dan dijangka akan ditayangkan pada Julai depan.
Difahamkan sekitar November tahun lalu, anak sulung kepada perdana menteri itu tampil menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga yang lain tidak mengetahui mengenai filem Mahathir The Journey.
Menerusi laman Twitter, Marina turut berkata dia hanya mengetahui kewujudan wataknya dalam filem itu melalui media.
Bagaimanapun, penerbit Reliance Media Group Sdn Bhd iaitu Yusuf Kelana berkata projek filem itu akan tetap diteruskan meskipun tidak menerima persetujuan daripada mana-mana watak terlibat.
Ini kerana pihaknya sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) setelah skrip filem ini melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang muda yang kian diminat sejak muncul menerusi drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem mendedahkan dirinya tidak menolak andai bertemu jodoh dan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah katanya seperti yang dipetik mStar, dirinya percaya akan takdir hidup yang telah ditentukanNya selain percaya pada rezeki andai sudah mendirikan rumah tangga selepas ini.
“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah. Selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.
“Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.
“Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai soal teman hidup serta ciri wanita, pelakon berusia 22 tahun ini tidak meletakkan sebarang target usia untuk tamatkan zaman bujang.
“Saya tak letak target bila nak kahwin tapi kalau umur 25 tahun saya rasa dah okay… saya suka wanita yang luarannya sempoi dan kasar-kasar tapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang diri saya.
“Tentang umur saya tak kisah jika dia lebih berusia sekalipun, asalkan pasangan itu matang dalam perhubungan. Tapi buat masa ini saya masih single lagi ya… belum jumpa ciri-ciri itu!
“Sejujurnya, di laman sosial ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gurauan dan saya layan saja usikan mereka,” terang Hun.
Selepas video pendek yang merakamkan aksi seorang kanak-kanak, Issabelle yang menari lagu Mengantuknya Mumia yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, kini dia dijemput sebagai tetamu undangan di program MeleTOP semalam.
Selesa menyesuaikan diri di set tersebut, Issabelle kelihatan tenang dan fasih menjawab soalan yang diberikan hos, Nabil Ahmad dan hos jemputan, Sherry AlHadad.
“Sebenarnya pak cik saya yang memperkenalkan video tersebut kepada saya.
“Semasa saya kecil, saya tak tahu menari. Apabila saya meningkat dewasa, saya boleh menari. Sekarang saya sudah tinggi,” katanya tenang disusuli dengan nyanyian Slepping Mummy secara live.
Terdahulu, video tarian kanak-kanak perempuan itu telah mendapat perhatian di media Indonesia di Transtv Indonesia.
Sekali gus, pengarah siri animasi Didi & Friends iaitu Sinan Ismail dan penulis lagu Mengantuk, Gecko turut hadir memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang berasal dari Sarawak itu.
Untuk makluman, program animasi kanak-kanak Didi & Friends berjaya meraih anugerah Best Pre School Program Asian Television Award 24th, Manila, Filipina baru-baru ini dan berjaya menewaskan negara China dan Jepun.
Video : Youtube MeleTOP, Instagram Issabelle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...