H: Tidak Mahu Dihantui Penyakit Misteri, Fendy Bakry Persiap Diri Dengan ‘Ayat Pendinding’

Pelakon, Fendy Bakry yang sebelum ini dilaporkan mengidap penyakit misteri menjelaskan dia sudah mempersiapkan dirinya dengan ‘ayat pendinding’ sekiranya perkara sama berulang kembali.

Fendy yang sudah tidak sabar lagi untuk turun ke set pengambaran memberitahu dirinya ada berjumpa dengan ustaz untuk mendapatkan rawatan alternatif.

IKLAN

“Saya ada berjumpa dengan ustaz-ustaz untuk mendapatkan rawatan dan hasilnya ustaz tersebut memberikan ayat untuk saya amalkan seperti surah, zikir dan juga solat.

“Ada ustaz yang tidak menafikan tentang penyakit misteri saya ni tetapi bila kita pergi berubat ni kita akan terima pelbagai pendapat dan saya hanya menganggap ini sebagai satu bentuk ujian buat diri saya,” katanya kepda MH

Ketika ditanya mengenai siapakah individu yang berniat khianat ke atas dirinya, ini reaksi yang diberikan oleh hero drama Mr.Grey itu;

IKLAN

“Saya pun tak boleh nak syak wasangka semua ini angkara siapa, tetapi dalam hal seperti ini jin dan syaitan itu memang wujud. Cuma saya tak tahu dari segi mana dia boleh sampai pada saya.

“So kalau jadi dekat saya, saya cuma berharap semoga saya cepat sembuh. Saya juga tak nak ambil tahu langsung siapa yang berbuat khianat kepada saya,” katanya ketika ditemui di konsert Big Stage di Shah Alam, pada Ahad.

Tambah Fendy, dia sudah tidak sabar lagi untuk untuk memulakan sesi pengambaran setelah berehat panjang hampir empat bulan.

IKLAN

“Saya pon dah mula start shooting esok (hari ini) untuk dua buah telemovie iaitu sebelum dan selepas raya haji nanti,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Fendy mengakui bakal terlibat menerusi sebuah megadrama di samping Ayda Jebat.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI