Ads

“Tidak Lucu, Saya Harus Tegas,” – Inul Daratista Tegaskan Jadi Juri Harus Jujur, Anggap Peserta MLM2019 Belum Serasi Di Minggu Pertama

Riak wajah serius dan sukar baginya mengukir untuk senyuman tatkala melihat persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) pada episod pertama.

Bintang dangdut sensasi Indonesia, Inul Daratista, sifatkan cukup jelas apabila ada antara peserta yang seperti belum temui keserasian dan masih mencari-cari rentak.

Saya harus tegas, apa yang dilakonkan tidak lucu. Ketegasan saya hanya untuk memberi galakan kepada peserta untuk lebih kreatif dan berani, sekaligus meningkatkan prestasi mereka.

“Jika komen saya ada berbaur kemarahan, bukannya saya tidak suka namun kerana lawaknya tidak berapa bagus,” jelasnya kepada MH.

Ads

Malah, bintang berusia 40 tahun ini turut mengulas isu sensitif yang diketengahkan segelintir peserta.

Jika lawak menyentuh isu sensitif, saya kurang setuju.

“Ia secara tidak langsung akan menyentak atau memacu perseteruan secara halus,” kata Inul yang mahu melihat persembahan yang lebih meyakinkan dari para peserta minggu hadapan.

Ads

Pertembungan MLM2019 minggu pertama menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.

MLM2019 dihoskan Datuk AC Mizal bersama barisan peserta MLM 2019 yang terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon serta satu kumpulan dari Brunei, Cali.

Ads

Antara wajah lama yang turut beraksi ialah Bocey, Zero, Rojak dan juga juara program Muzikal Lawak Superstar musim pertama, J-Born.

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat jam 9.00 malam menerusi Astro Warna, saluran 123 dan Warna HD, 124.

Malah ia boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Gen Alpha Pun Sayang TokTi! Keperibadian Siti Nurhaliza Terus Dipuji, ‘Humble’...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.
error: Hello. Cannot.