Sepatutnya hadir untuk majlis pelancaran sebuah produk di Ampang, aktres dan penyanyi Maya Karin yang dijadualkan bakal memberi tips penjagaan kesihatan difahamkan tidak sihat, tiba-tiba jatuh sakit.
Menurut pegawai media yang menguruskan program tersebut, pasukan mereka ditugaskan ke rumah aktres jelita itu untuk membawanya ke majlis yang sedang berlangsung.
Bagaimanapun, Maya dikatakan tidak bermaya dan tidak mampu bangun daripada tempat tidur.
Ads
Pihak berkenaan turut merahsiakan penyakit yang menimpa pelakon jelita itu.
Secara profesional, demi tidak menghampakan pembaca MH, Maya menguatkan semangat dan menghantar pesanan menerusi sistem pesanan suara di aplikasi Whatsapp.
Ads
“Hai, l’m soo sorry I cannot make it. I’m very very sorry. I’m really tried but I just can’t. Ok.
“Good luck and I’ll make it up to you and we will organise something else in the future. I’m soo sorry,” katanya kepada MH.
Ads
MH doakan semoga pelakon filem Duyung ini diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.
Foto – Instagram Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru penyanyi Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Bintin Emrizal telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen;
“Jangan pernah menghina masa lalu seseorang. Kerana hujan yang jernih pun berawal dari awan yang hitam” tulisnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kalis Rindu itu telah memberi nasihat kepada pengikutnya di Instagram untuk supaya tidak menghina masa lalu seseorang.
Lantas, kata kata yang telah ditulis oleh Elyana itu menjadi telah perhatian netizen.
Malah, peminat Elyana juga turut mendoakan Elyana untuk cekal dan tabah dalam menghadapi ujian hidup.
Terdahulu, Elyana pernah mengejutkan rakyat Malaysia apabila dia pernah memaklumkan dia menghidap penyakit kanser limfoma tahap 4.
Foto : Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Fasha Sandha mengakui dia rasa agak sedih apabila bakal meninggalkan status sebagai ibu tunggal dalam tempoh beberapa hari mendatang sebelum disatukan dengan pelakon, Aidil Aziz sebagai suami isteri.
Kata Fasha, mereka yang bergelar janda atau ibu tunggal tidak malu dengan status tersebut kerana baginya, ia adalah lambang kepada kekuatan seorang wanita.
“Meski ramai yang beranggapan yang tidak baik mengenai status janda, tetapi pada saya ia melambangkan kekuatan seorang wanita ibu tunggal.
“Alhamdulillah saya berjaya menggalas tugas sebagai ibu tunggal dengan baik dan saya bersedia ‘meninggalkan’ status tersebut.
“Pada saya gelaran tersebut tidak perlu rasa malu pun, sebab itu melambangkan kita kuat. Ini ditujukan kepada yang berdikarilah, kalau yang suka raih simpati dengan gelaran tersebut..ia lainlah.
Saya seorang yang kuat bekerja dan tidak kisah dengan kepenatan asalkan saya berdikari dan mencari duit sendiri,” katanya kepada MH.
Fasha ditemui media pada majlis berinai yang dilakukan dengan meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur. Mengenakan pakaian serba ungu dalam tema Melayu Klasik, Fasha turut ditemani tunang tersayang.
Diminta berkongsi mengenai majlis berinainya, pelakon berusia 35 tahun itu memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah harap semuanya selesa dan saya minta maaf kalau ada yang terkurang. Pada awalnya saya rancang ia secara kecilan sahaja tetapi tidak sangka, mereka yang mahu meraikan kami dalam majlis serba meriah ini menjadikan ia kelihatan besar.
“Mungkin kerana ini pertama kali saya melakukan majlis berinai jadi, ramai yang mahu datang. Alhamdulillah,” terang Fasha.
Bagaimanapun, ditanya mengenai persiapan perkahwinan pelakon Teratai Kemboja ini mengakui persiapan yang dilakukan masih belum siap sepenuhnya atas beberapa sebab.
“Sebenarnya banyak lagi yang belum siap. Belum lagi 80 peratus. Sebab saya ni jenis yang suka buat sendiri. Jadi bila orang yang buat tu, saya risau ada benda yang tertinggal,” katanya.
Ketika diajukan persoalan tarikh nikahnya, Fasha masih belum sedia untuk memberitahu. Jawabnya;
“InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral, dalam hujung bulan ini. Bukan saya tak mahu dedahkan tarikh nikah, tapi kami ambil pendirian kalau nikah itu sudah sah, baru akan beritahu semua.
“Kita tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Akan tetapi kalau diikutkan perancangan memang akhir bulan ini,” ulas Fasha jujur.
Pada masa sama, pasangan yang merancang untuk berbulan madu di Langkawi andai sudah sah bergelar suami isteri ini juga turut memaklumkan setakat ini mereka masih belum merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.
“Ramai juga pihak yang mahu menaja andai saya ingin melakukan majlis resepsi di Kuala Lumpur. Bagaimanapun biarlah setakat ini kami buat ikut syarat, secara sederhana sahaja,” akhiri Fasha sambil diakui Aidil.
Ini dia sedutan sekitar majlis berinai pasangan sama cantik sama padan ini yang telah dikongsikan di FB Media Hiburan. Enjoy!
#MHLive MH berada di majlis berinai Fasha Sandha. Tahniah girl!
Pelakon senior, Sheila Hassan ada menitipkan sesuatu buat rakan pelakon yang baru saja pergi dijemput Illahi, Wafa Abdul Kadir.
Sheila atau lebih sinonim dengan nama komersialnya, Sheila Mambo menulis di Instagram dia meminta maaf kepada arwah kerana hanya dapat mengirimkan doa.
“AsSalamualaikum.. Maaf aku wafa, aku hanya dpt iringkan doa buat kau, dlm masa yg terdekat luruh jiwa aku dgn beberapa berita kehilangan org yg dekat dlm kehidupan aku.
“Kau org baik, bertahun kau tabah hadapi ujian dan aku yakin Allah sdh menghapuskan dosa2 lampau kau asbab kesakitan yg kau tanggung, kerana itu janji Nya. Sakit penghapus dosa. Allah kaseh kau.
Sheila turut berdoa agar roh arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
“Semoga jannah menanti tanpa dihisab. Semoga kau ditempatkan bersama para solehah. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun,” tulisnya.
Terdahulu, Allahyarham Wafa yang sinonim menerusi filem Azizah The Legend meninggal dunia setelah lebih lima tahun menderita penyakit kanser peritoneal, awal pagi Sabtu.
Allahyarham yang berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 1.10 pagi.
Penyanyi dan usahawan, Azza Elite tampil memberikan respon terhadap komen seorang individu yang didakwanya sebagai ‘Datin’ yang menggelarkan dirinya sebagai artis sombong dan sendu.