Alamak apa dah jadi dengan hubungan Erry Putra dan Fara Hazel ini? MH dengar cerita macam-macam pasal diorang.

Baru-baru ini, Erry mengakui bahawa dia dan Fara kini membawa haluan sendiri sejak sebelum puasa lagi.

‘Tidak Berhubung, Saya Tidak Tahu Status Hubungan Kami’- Apa Jadi Dengan Hubungan Erry Putra Dan Fara Hazel?

IKLAN

“Kami ada bergaduh sedikit dan enggan mengeruhkan keadaan, kami ambil pendekatan berdiam diri dan tidak berhubung antara satu sama lain.

“Sebenarnya sejak sebelum puasa lagi kami sudah langsung tidak berhubung dan sekarang pun saya tak tahu status hubungan kami,” katanya kepada Astro Gempak

Dia berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sidang media Havoc Raya yang diadakan di Sireh Pinang Hall, Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Sementara itu, Erry menjelaskan punca keretakan hubungan yang baru sahaja terbina itu.

IKLAN

“Buat masa sekarang, kami hanya mampu berdiam diri kerana keluarga kedua-dua belah pihak tidak merestui hubungan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Erry dan Fara mengumumkan dalam fasa percintaan sejak 5 bulan lalu.

‘Tidak Berhubung, Saya Tidak Tahu Status Hubungan Kami’- Apa Jadi Dengan Hubungan Erry Putra Dan Fara Hazel?

IKLAN

Alahai, kasihan pula MH dengar kisah mereka ini, dah macam drama pukul 7 pula. Apa-apapun, MH doakan semoga kemelut yang melanda hubungan mereka itu dapat diselesaikan.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI