“Hal tersebut sensitif, tapi bagi saya mereka yang lontarkan komen sedemikian mungkin ada masalah dalam diri.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri apabila ada warganet yang meninggalkan komen melampau berkaitan ahli keluarga, terutamanya mengenai anak tunggalnya, Ameena di laman sosial.
Shakilla, 30,turut menambah, individu yang normal lazimnya tidak akan memberikan komen yang di luar norma.
“Orang itu mungkin secara luaran dia nampak okay macam kita semua, tetapi hakikatnya, dia ada masalah dengan diri-sendiri atau tak bahagia.
“Kalau masih ada yang beri komen yang pelik-pelik dan sebagainya, saya tidaklah melatah meski ada juga peminat yang tegur mengapa tidak ambil tindakan dan sebagainya.
“Bagi saya, biarlah. Orang itu mungkin ada masalah diri. Cuma pernah satu ketika, bila saya berdepan dengan situasi tersebut, ia jadi besar kerana peminat yang back-up.
“Kemudiannya saya ada teks individu yang beri komen melampau itu dan dia kemudiannya meminta maaf,” katanya yang akui pada peringkat awalnya, dia turut tertekan apabila meneliti setiap komen negatif yang ditinggalkan.
“Ya, pada awalnya memang saya ada melatah juga.Cuma sekarang saya sedar, dalam kalangan kita ada yang punya masalah jiwa. Malah, ada yang komen sebegitu demi mendapatkan perhatian.
“Mereka mengharapkan kita beri respon. Selagi kita tak balas, selagi itu ada yang cuba terus timbulkan provakasi.
“Paling penting, saya dan suami mahu pastikan anak membesar dengan baik, dan saya tidak nafikan dalam situasi sekarang, soal penjagaan dan kebersihan si kecil perlu dititikberatkan secara total,” jelasnya lagi.
Terdahulu, isteri kepada hos dan penyampai radio, Fizi Ali ini ditemui pada majlis Mayua Baby Launch bersama Pa&Ma di Shah Alam, baru-baru ini.
Pada majlis sama, jenama tersebut turut melancarkan empat rangkaian produk bayi iaitu Baby Cream, Baby Lotion, Shower Gel, Spray Hand Sanitizer.
Ia diperbuat daripada bahan selamat untuk bayi dan dirumus khas dengan penjagaan lembut.
Sementara itu, Reni Ismalia Edy selaku Pengasas Mayya Baby menerusi kenyataan media memberitahu kolaborasi mereka bersama Pa&Ma dilihat sebagai satu platform terbaik untuk terus memberi informasi mengenai penjagaan si kecil.
“Bagi saya kesinambungan yang dibawa dalam bentuk majalah oleh Pa&Ma ke dalam bentuk digital dan media sosial telah membuka peluang lebih luas untuk ibu bapa di luar sana mendapat manfaat dari setiap penulisan yang disampaikan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa.
“Ia penting bagi membantu pasangan agar lebih celik dan peka dengan ilmu keibubapaan, kesihatan dan penjagaan bermula dari kehamilan sehinggalah, kelahiran, dari usia bayi sampai anak menginjak ke usia kanak-kanak,” katanya.
Mula berkurung sejak 18 Mac lalu, rakyat Malaysia diperintahkan untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung penyebaran wabak Covid-19.
Dilihat daripada perspektif berbeza, inilah masanya sebuah keluarga mengukuhkan kembali jalinan yang telah lama menjauh dek kesibukan kerja.
Pada masa sama, tambahkan amal ibadat berjemaah bersama sebagai bekalan di akhirat. Kata kuncinya, lupakan dunia, hidupkan akhirat.
Pelakon Zul Yahya menerusi laman Instagram menyatakan ujian yang diturunkan kerana Allah mahu hambaNya jauh daripada kehidupan dunia dan membuang kebesaran dunia yang bersarang dalam hati.
“Hari ini Allah swt telah pilih kita utk jauh dgn kehidupan dunia, Allah swt nak kita usaha buang kebesaran dunia yg ada dalam hati kita, usaha letakkan kebesaran Allah didalam hati kita.
“Insya Allah kita usaha keatas iman dan amal. #Allahsayangkita,” jelasnya yang turut berkongsi cara-cara untuk mendapatkan hakikat solat dan jenis mujahadah.
Pelakon Datin Paduka Eina Azman kesal dengan komen individu yang mendakwa dirinya bersikap mementingkan diri apabila dilihat membeli barangan keperluan seolah-olah berlebihan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia mengakui membeli barang sehingga memuatkan enam troli, namun, itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri.
Sebaliknya, keperluan tersebut digunakan untuk tiga buah keluarganya.
“Pertama sekali, saya memang beli enam troli sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar.
“Jadi apa masalahnya? Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf, bukan nak riyak atau apa,” tulisnya.
Tambah Eina lagi, dia menyeru netizen agar tidak beranggapan negatif kepada individu lain tanpa usul periksa.
“Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama.
“Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mnegata dan bercerita hal orang,” jelasnya.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.