Genap setahun menyulam cinta sebagai pasangan suami isteri, ulas Instafamous Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, meski belum dikurniakan rezeki anak, namun dia bersyukur mendapat suami yang baik dan penyayang.
Kongsinya lagi, buat wanita yang senasib dengannya, bersyukur dengan rezeki yang Allah tentukan dan teruskan berdoa.
“Kadang2 rezeki anak tu dtang lambat tapi rezeki lain yang dtang .dikurniakan suami yang baik dan penyayang pun rezeki juga, better dpat rezeki anak lambat daripada dpat suami yang suka buat hal.
“Ada sstengah orang rezeki anak dtang cpat tapi belom apa2 suami buat prngai ..so siapa yang masih belom dikurniakan anak ,brsyukur la slalu sbb suami anda baik dan trima kkurangan anda ..honeymoon ja dlu dngn suami
“Keep doa dn keep usaha okey .moga kita smua dikurniakan anak cpat2 amin.
“Btw bru harini ada masa spend time brdua mandi kolam dkat @lacristahotel melaka ..haih takyah g mana2 pun .becuti dlam hotel pun dh ada mcm2 and slesa guys,” tulisnya.
‘Bersihkanlah hati kita jgn tertipu dgn amalan sendiri’. Demikan nasihat yang diberikan penceramah bebas, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias (DUKE) apabila ada pihak yang beranggapan dia bersikap riak(menunjuk-nujuk) ketika berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya baru-baru ini.
Bagaimanapun, Kazim tampil memberi penjelasan berhubung perkongsian status yang dimuatniaknya itu dan meminta agar pengguna laman sosial jangan terlalu cepat menilai orang lain.
“Post cerita anak ambik result exam pun dikata riak, sampai boleh menilai hati orang adakah itu yg dikata tasauf..? Kalau belajar tasauf sifat menilai orang lain x betul hanya diri sendiri yg betul.. tu dah namanya ujub boleh membawa kpd takabbur pulak..
“Persoalan hati ni urusan kita dgn Allah.. siapalah kita nak menilai hati org? Pandang baik kan lebih selamat,” tulisnya.
Dalam masa sama, Kazim turut memetik potongan ayat suci, Surah Ad Dhuha mengenai tentang nikmat Allah.
“Surah Ad Dhuha menyebut tentang nikmat Allah.. bukankah nikmat Allah itu maha luas?Dapat anak jgk nikmat .. adakah salah memasukkan gambar anak kecil dan memberitahu kelahiran baby itu riak kerana mengecilkan hati org yg x dapat anak..?
“Yg dilarang sombong, menunjuk2 dgn bongkak dan menghina orang lain malah langsung tiada kesyukuran atas nikmat Allah, seolah2 kejayaan dan kekayaan dtg drp usaha sendiri bukannya drp Allah.. yg tu la riak.. belajar lah tasauf lagi ye..
“Rajin2lah solat Dhuha dlm masa yg sama menghayati Surah Ad Dhuha ayat 11. Tasauf letaknya dihati diamalkan dgn amalan yg baik lidah yg sopan serta tangan yg berhati2 termasuk menulis di fb.. jgn jd riak dan ujub dgn amalan sendiri,” tulisnya.
Malah, Kazim meminta agar netizen tidak terlalu cepat menghukum seseorang.
“Ngata orang lain riak tp dlm wall fb sendiri dok tulis ngaji kat mana, lulusan mana.. yg tu x riak pulak?
“Bersihkanlah hati kita jgn tertipu dgn amalan sendiri.. Pasni gambar konvo ke.. gambar menikah ke jgn masuk dlm fb.. riak.. kesian pd org yg xde ijazah dan xde laki,” akhirinya.
Terdahulu, Kazim telah telah berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia anak perempuannya yang berjaya memperoleh 9A.
Foto: Facebook Ustaz Mohd Kazim Elias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kepimpinan melalui tauladan, itulah yang boleh disinonimkan buat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika keluar membeli belah barangan dapur di sebuah pasaraya.
Kini digelar sebagai ‘Tan Sri Abah’ atas sifat penyayang yang ditonjolkan, tindakan Muhyiddin mengamalkan asas kebersihan dan turun padang meninjau keadaan rakyat mendapat pujian.
Malah, netizen turut berseloroh berjenaka Muhyiddin bukan sahaja bijak memimpin negara, namun handal membeli barangan dapur tanpa memerlukan senarai barangan di tangan.
“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya.
“Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik,” tulisnya.
Mendapat perkongsian lebih 7 ribu perkongsian di Facebook, rata-rata netizen meluahkan penghargaan atas tindakannya meninjau sendiri keadaan semasa yang berlaku.
Foto : Instagram & Facebook Muhyiddin Yassin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.