Gara-Gara tidak berapa ‘fasih’ untuk menjawab beberapa soalan mengenai pengetahuan Am asas negara, penyanyi remaja, Benladin diselar netizen.

Ramai mendakwa, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Pertama duet bersama Alyah ini tidak peka terhadap perkara asas Malaysia, sekali gus menyebabkan laman sosial Ben diserang dengan kata-kata pedas netizen.

Menyedari akan khilaf diri, penyanyi yang kini hangat dengan single Hikayat Benladin ini akhirnya memuat naik sepotong video bagi menjernihkan keadaan, seterusnya meminta maaf buat rakyat Malaysia atas apa yang berlaku.

Sementara itu, Ben kita dihubungi MH mengakui melakukan kesilapan. Katanya, dia menerima setiap kritikan dengan hati terbuka dan tidak mahu melenting atas apa yang berlaku.

IKLAN

Pada masa sama, Ben turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika rakaman berkenaan dibuat sebuah stesen TV itu.

“Bila kena kritik, saya memang terima dengan hati terbuka dan sikit pun tidak melenting. Situasi sebenarnya ialah, sebelum rakaman tersebut dilakukan, saya sedang menunggu giliran untuk merakam lagu Hikayat Benladin. Jadi saya pula jenis setiap kali akan beraksi di hadapan lensa, mesti saya fokus.

 

“Kebetulan, ada produksi mereka ada di kawasan rakaman dan mereka pun ambil kesempatan untuk pilih selebriti yang ada pada waktu itu untuk membuat rakaman segmen mereka. Jadi untuk tidak menghampakan atau nanti disalah erti, saya pun setuju untuk main game tersebut tanpa mengetahui apa jenis game yang akan mereka lakukan,”jelasnya kepada MH.

Tambah Ben, sejurus kemudian, tiba-tiba kemera terus merakam dan tanya soalan yang perlu dijawab dengan cepat.

IKLAN

“Kamera depan muka terus tanya soalan dan kena jawab dengan cepat. Memang terpinga-pingalah, sebab otak ‘tak performed’. Kemudian, tiba-tiba semuanya selesai, sudah pun terakam,” kongsi Ben.

Pada masa sama, dia juga turut merasa terkilan atas apa yang berlaku.

“Cuma agak terkilan. Sepatutnya pihak produksi harus minta izin dulu dengan saya atau syarikat rakaman sebelum muat naik…,”tegas Ben.

Ditanya apakah pengajaran yang boleh diambilnya atas insiden itu supaya tidak berulang lagi di kemudian hari, Ben tidak menafikan selepas ini dia perlu lebih peka dengan pengetahuan am.

IKLAN

“Lepas ni saya harus lebih peka dengan pengetahuan am, selain ilmu yang lain juga. Selain itu, saya juga tidak akan sesekali main game show yang tak tahu asal usul who they are,” akui Ben yang kini masih rancak mempromosikan single hits, Hikayat Benladin.

Foto: Instagram Ben Ladin

View this post on Instagram

Sorry Malaysian?

A post shared by B-E-N (@mohd_benladin) on

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI