Pelakon Syafiq Kyle tidak berasa tergugat sebaliknya menyambut baik kehadiran muka-muka baru yang mewarnai industri drama dan filem tanah air kini.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, setiap pelakon akan diberikan peluang untuk menyinar namun, dia kini lebih matang dalam menguruskan kerjayanya.
“Siapalah saya nak bagi pendapat mengenai perkara ini. Saya belum cukup masak lagi untuk bercakap tentang pendatang baharu.
“Apa yang boleh saya katakan, saya juga pernah berada di tahap itu. Saya juga pernah disebut-sebut dan tidak disebut-sebut.
“Hal ini banyak mengajar saya. Pada mulanya, kita memang nak sangat kejar cita-cita itu.
“Namun, bila saya sudah menjalaninya, kini saya dapat melihat perkara yang lebih penting untuk diri sendiri, keluarga dan penyokong saya,” katanya kepada MH.
Ads
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharu terbitan Viu, Terlanjur Cinta baru-baru ini.
Katanya lagi, kahadiran pelakon-pelakon baharu ini juga akan memberikan kepelbagaian dan kelainnan buat penonton yang menginginkan kelainan di dalam setiap naskhah.
“Dengan lambakan pelakon-pelakon baharu ini, ia akan memberikan kepelbagaian. Kita akan ada banyak pilihan seiring dengan platform yang kita ada ketika ini.
“Tidak akan ada lagi masalah muka hero dan heroin yang sama sahaja kerana barisan pelakon terus berubah.
Ads
“Penonton tidak akan rasa bosan lagi. Jadi, setiap orang ada peluang untuk memilih karya yang mereka suka,” ujarnya.
Pada masa sama, Syafiq turut memaklumkan dirinya tidak mempunyai masalah untuk berkongsi ilmu dan cara pembawakan diri dengan pelakon-pelakon baharu.
“Disebabkan terlalu banyak muka baharu,
Ada kalanya saya sendiri tak kenal mereka yang berlakon dengan saya. Saya akui, itu silap saya juga.
Ads
“Namun, tugas kita adalah untuk meraikan kehadiran mereka. Kita tak boleh nak mengatakan mereka tidak layak, tak boleh atau halang mereka masuk industri ini.
“Sebaliknya, kita kena tunjukkan kepada mereka bagaimana cara untuk bawa diri dan buat pilihan tepat. Kita pun bukan bagus sangat tapi lebih kepada berkongsi.
“Zaman mereka berbeza jika dibandingkan dengan zaman saya 10 tahun dahulu. Jadi, saya lebih menghargai kehadiran bukan sahaja pelakon tapi juga para pekerja belakang tabir yang sangat berbakat,” akhirinya.
Terdahulu, Terlanjur Cinta merupakan sebuah drama sarat emosi yang diarahkan oleh pengarah terkenal Erma Fatimah dan akan ditayangkan di platform penstriman, Viu.
Selain Syafiq, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Puteri Balqis, Datin Seri Ummi Aida, Khir Rahman dan Syafi Tee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi anda yang menggemari filem dan lagu Bollywood pasti kenal dengan suara merdu mendiang Lata Mangeshkar. Wanita yang telah menyanyikan lebih 30’000 lagu sepanjang kariernya ini telah disahkan meninggal dunia hari ini.
Januari lalu beliau dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat jangkitan Covid-19. Doktor yang merawatnya mengesahkan yang kematian mendiang disebabkan kegagalan beberapa fungsi organ.
Kerajaan India telah mengumumkan tempoh dua hari berkabung mulai Ahad, bendera kebangsaan negara itu juga akan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Penyanyi kesayangan ramai ini akan diberikan pengebumian negeri yang mana ia diberikan kepada individu yang banyak berjasa kepada negara. Namun begitu tarikh dan tempat persemadian belum diumumkan lagi.
Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam satu hantaran di laman Twitternya berkata, “Saya berasa sedih tidak terkata. Lata Didi yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita semua. Dia meninggalkan kekosongan dalam negara kita yang tidak dapat diisi. Generasi akan datang akan mengingatinya sebagai seorang yang berpegang teguh kepada budaya India, dan suaranya yang merdu mempunyai keupayaan yang tiada tandingannya untuk memukau orang ramai.”
I am anguished beyond words. The kind and caring Lata Didi has left us. She leaves a void in our nation that cannot be filled. The coming generations will remember her as a stalwart of Indian culture, whose melodious voice had an unparalleled ability to mesmerise people. pic.twitter.com/MTQ6TK1mSO
Mendiang Lata Mangeshkar dilahirkan di bandar Indore, di negeri tengah India, Madhya Pradesh, pada 28 September 1929. Dia mula belajar muzik pada usia lima tahun daripada bapanya, Deenanath Mangeshkar, yang aktif dalam bidang teater. Selepas kematian bapanya, keluarga itu berpindah ke Mumbai (kini dikenai sebagai Bombay), di mana beliau mula menyanyi untuk filem-filem dialek Marathi.
Sebagai menghargai jasanya yang tiada tara dalam dunia muzik, beliau menerima penghormatan tertinggi negara India untuk orang awam, Bharat Ratna, pada tahun 2001. Popular digelar sebagai ‘Nightingale of India’ kerana suara merdunya, mendiang memiliki adik beradik yang turut bergelar penyanyi. Seorang daripadanya ialah Asha Bhosle yang berjaya mengecap populariti seiring dengannya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Bagi yang anda pernah menonton drama Syawal Datang Lagi, sudah pasti ada melihat figura terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menjadi seorang pelakon dalam drama tersebut.
Difahamkan, drama berkenaan telah disiarkan di saluran TV2 sekitar tahun 2004.
Terbaru, terdapat seorang peminat telah berkongsi potongan rakaman video drama berkenaan di akaun Twitter miliknya.
“Dah nak raya ni, throwback kejap drama Syawal Datang Lagi.
“Jangan cakap siti nurhaliza tak pernah berlakon ok,” tulisnya.
Dah nak raya ni, throwback kejap drama Syawal Datang Lagi. Jangan cakap siti nurhaliza tak pernah berlakon ok 😂 pic.twitter.com/WRlHNkmUnH
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...