Ads

“Tidak Ada Langsung. Cuma Adalah Saya Terdengar…,” – Jawab Maya Karin Fasal Gangguan Mistik Saat Shooting Munafik 2

Heroin filem seram Munafik 2, Maya Karin mengakui rasa berbesar hati apabila mendapat peluang bekerjasama dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menerusi filem berkenaan.

Menyifatkan peluang yang datang memberi 1001 makna besar, Maya juga mengakui dalam memberikan yang terbaik, dia telah diberitahu pihak produksi supaya tidak terlalu mengikut kehendak skrip demi menghidupkan watak Sakinah.

Ads

“Saat awal mahu menjalani penggambaran, kami ada tiga orang penolong pengarah dan mereka pernah bagi amaran pada saya. Kata mereka, awak akan tahu mengenai filem tersebut apabila berlakon, hayati watak.

 

“Jangan terlalu ikutkan skrip kerana kita tahu ‘perangai’ Syamsul, dia akan tukar-tukar babak begitu saja. Saya pun ada terfikir eh kenapa adegan itu keluar awal, kenapa adegan tu dibuang dan sebagainya. Jadi, itulah hasilnya apabila ditayangkan.

 

“Gembira apabila ramai yang berpuas hati,” katanya kepada MH. 

Terdahulu, Maya ditemui media sejurus selesai tayangan perdana filem seram itu di MMCineplex, Damansara pada Isnin.

Ads

Ditanya mengenai adakah dia turut mengalami apa-apa perkata mistik ketika penggambaran, pelakon yang sinonim dengan jolokan Ratu Filem Seram Malaysia itu bersyukur kerana dia tidak berdepan dengan sebarang insiden pelik.

Ads

“Tidak ada langsung. Cuma adalah saya terdengar ada di kalangan krew yang bercakap seorang jurugambar ada ternampak ‘sesuatu’. Itu mereka yang cakaplah. Saya sendiri tak tahu ia betul atau sebaliknya,” jelas Maya yang menambah insiden berkenaan berlaku ketika di lokasi Kellie’s Castle, Perak. 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.