“Tiba-Tiba Stroller Apo,” – Jihan Muse

Share

Tidak habis lagi soal stroller RM12k, status Jihan Muse di Instagram menjadi perbualan gara-gara membincangkan soal gajah dan pelanduk.

Kenyataan mengenai pelanduk yang tersepit di tengah-tengah gajah dibayangkan netizen seolah-olah menjurus kepada kisah stroller jenama Jeremy Scott miliknya yang menjadi bualan hangat ketika ini.

Gajah sama gajah bergasak. Pelanduk nama naik sama tersepit. Ternganga2 pelanduk taktau apa2 tapi kene heret sama. Yg satu taknak kalah yang satu taknak mengaku salah.

“Pastu taktau camne nak menang tarik hidupan lain sama terpalit. Kesian pelanduk. Penyek. Lumat,” tulisnya.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut meninggalkan komen di ruangan komen status.

Apa benda yang stroller? Aku cite pasal gajah. Peribahasa tu mestilah menjurus kepada situasi yang tepat.

“Tiba2 stroller apo? Tu peribahasa lain mukasurat lain lah kot. Ni gajah ulos. Sapa taktau tunggu. Jgn assume no no no. Nantilah filem terbaru,

” komen Jihan.

Netizen bagaimanapun terus memberikan reaksi dan menyatakan status ‘makan dalam’ ini sememangnya punya maksud tersendiri yang cuba disampaikan.

Foto : Instagram Jihan Muse

IKLAN