Pelakon, Fathia Latiff menimbulkan pertanyaan umum apabila memuat naik entri berkaitan dengan lelaki dayus di laman Instagramnya.

“Kalau lelaki pukul perempuan adalah bapak segala dayus,” tulisnya.

Tiba-Tiba Muat Naik Entri Fasal ‘Dayus’, Fathia Latiff Tujukan Pada Siapa?

Namun begitu, entri tersebut dipadam beberapa jam kemudian dan dimuat naik di laman IG storynya pula.

Mh sendiri tertanya-tanya juga pada siapa kata-kata itu ditujukan. Kalau tiada angin tak kan lah Fathia muat naik entri sebegitu kan?

IKLAN

Sebelum ini, nama Fathia Latiff kembali menjadi kecaman orang ramai apabila dikatakan ‘buat hal’ di kelab malam bersama rakan pelakon, Zarina Anjoulie.

Mereka juga turut membuat pendedahan berkaitan dengan penyanyi muda, Ismail Izzani apabila Fathia memuat naik foto melihatkan Ismail dan Zarina seakan-akan sedang berpeluk.

Dalam pada itu, di ruangan komen pula dipenuhi dengan kata-kata ‘perlian’ netizen meminta dadah daripada pelakon drama Ariana Rose itu.

IKLAN

Tiba-Tiba Muat Naik Entri Fasal ‘Dayus’, Fathia Latiff Tujukan Pada Siapa?

Tiba-Tiba Muat Naik Entri Fasal ‘Dayus’, Fathia Latiff Tujukan Pada Siapa?

IKLAN

Alahai Fathia, pada MH mungkin lebih elok jika dia pergi bercuti atau rehatkan diri seketika. Macam banyak pula isu berkaitan dirinya, risau nanti terganggu pula emosi tu.

Tapi, netizen pun pada masa yang sama janganlah terlalu mengecam sangat ya… semua manusia melakukan kesilapan.

Foto/Instagram: Fathia Latiff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI