“Tiba-Tiba Dia Mengadu Sakit Jantung,” – Izreen Azminda Mohon Doa, Moga Ibu Dikurniakan Kesihatan Yang Baik

Share

Pelakon, Izreen Azminda memaklumkan ibunya telah mengalami sakit jantung secara tiba-tiba, pada Selasa.

Pemilik nama lengkap Izreen Azminda Aznam telah memberitahu berita tersebut bersama pengikut di akaun media sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama, pelakon berusia 36 tahun ini turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan keadaan ibunya saat mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Di samping memohon doa orang ramai buat ibu tercinta, Izreen turut berkongsi cerita akan situasi cemas yang dialami.

“Saya memohon kepada semua mendoakan ibunda saya supaya diberi kesembuhan dan kesihatan yg lebih baik InsyaAllah.

“Tiba-tiba dia mengadu sakit jantung. Gigil-gigil tangan bawa kereta amik dia kat rumah, semoga dipermudahkan,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan serta doa buat ibunya agar diberikan kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.

“Allahu. Insyaa Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang warganet.

“Semoga dipermudahkan semua urusan Dan semoga Ibunda Izreen kembali sihat… aamiin,” titip seorang warganet lainnya pula.

“Syafakillah utk mama..moga d permudahkan Allah kesembuhanya srta kembali sihat ..Allahumma Aamiin,” tulis lagi seorang peminat yang lain.

“Allahuakbar… semoga Allah beri mak kesembuhan, dipermudahkan segala urusannya,” antara doa yang ditinggalkan.

“Semoga dilindungi Allah SWT,” komen ringkas seorang warganet.

Foto: Instagram Izreen Azminda

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

IKLAN