Tiba-Tiba Datuk Fizz Fairuz Muncul Di Instagram Izara, Tuan Punya Badan Cakap “Kena Hack!”

Share

Pelakon cantik, Izara Aishah yang kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Jodoh-Jodoh Anissa ada berkongsi entri di Instagramnya yang membuatkan netizen terhibur.

Kisahnya sebentar tadi, bintang Dewi Remaja itu mengakui Instagramnya yang mempunyai lebih 1.8 juta pengikut telah ‘keja hack’ rakan pelakon, Datuk Fizz Fairuz bagi mempromosikan produk.

Lalu, beberapa ketika selepas posting berkenaan dikongsi, Izara kemudiannya menulis bahawa akaun Instagramnya telah digunakan pelakon berkenaan bagi mempromosikan produk tersebut.

Kenyataan yang diberikan Izara sekali gus membuatkan peminatnya tertawa.

Foto: Instagram Izara Aishah

IKLAN