Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mengakui mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy yang menyerang bahagian muka sebelah kirinya sejak tiga minggu lalu.
Lalu penyanyi Terlalu Istimewa ini giat menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi sebagai antara kaedah pemulihan.
Menerusi laporan Harian Metro, hal tersebut awalnya berlaku ketika bintang itu mahu berkumur untuk gosok gigi.
“Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor.
“Jadi saya pun pergi ‘shooting’ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit.
“Saya punya huruf T pun menjadi macam terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih ‘shooting’, jadi saya tak dapat pergi hospital.
Ads
Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar.
“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan saya alami Bell’s Palsy. Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri.
“Jadi, sejak tiga mggu lalu, saya setiap hari pergi buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal. Sebab Alhamdulillah, ada lah juga orang panggil ‘shooting’. Saya tak nak lah muka senget,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Adibah pada masa sama menjelaskan, selepas menjalani 10 sesi rawatan terdapat banyak perubahan dan berharap keadaanya segera pulih seperti biasa.
“Selepas tiga minggu ada perubahan ketara. Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walupun ada banyak perubahan.
“Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterap di wajah.
Ads
“Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan.
“Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah,” katanya lagi.
Semenjak berlakunya penularan wabak Covid-19, ramai di antara kita yang terjejas pendapatannya dek keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Bagi meringankan beban, terdapat pelbagai badan-badan bukan kerajaan serta pihak persendirian yang tampil bagi menghulurkan sumbangan.
Menerusi perkongsi di laman Instagram, pengacara, Iesya Toh memaklumkan akan memberi sumbangan berupa minyak petrol kepada 100 penunggang motosikal di Lembah Klang.
Menurutnya, sesi penyerahan sumbangan tersebut bakal berlangsung di Stesen Minyak Petronas, Jalan Tun Razak pada jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Penyanyi, Tasha Manshahar meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sentiasa ringan tulang dalam membantunya melakukan kerja-kerja rumah.
Menurut Tasha, meski pun ianya dilihat sebagai perkara kecil, namun hal tersebut sudah cukup membuatkan dirinya berasa sangat bahagia.
“Little things that matter. Long way to go, banyak lagi perlu kami perbaiki bersama. Tapi sejujurnya bila suami tolong mudahkan kerja-kerja macam ni pun sebenarnya dah cukup membahagiakan.
“Lagi-lagi time kita tengah ada bad day ke tak sihat ke letih ke. Terharunyaaa ya Allah. Setuju tak para isteri? Semoga Allah jadikan kita juga isteri yang solehah, menenangkan, membahagiakan. Terima kasih my @raqibmajid ,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bukan Aku ini turut menyifatkan perkara tersebut telah membuatkan dirinya bertambah semangat untuk menjadi isteri yang solehah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian selain turut mendoakan semoga Tasha dan suami akan kekal bahagia hingga ke jannah.
Terdahulu, Tasha telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan seorang penyanyi, Raqib Majid pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muammar Rafiqi.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Naib juara program Gegar Vaganza 7 (GV7), Muss ada memberikan dedikasi buat isterinya, Suraya perihal pengorbanan serta kesetiaan yang ditunjukkan terhadapnya dalam waktu sukar atau pun senang.
Muss juga menyifatkan isterinya sebagai tulang belakang sepanjang mereka mendirikan rumah tangga lebih 23 tahun lalu.
Malah, bintang berusia 52 tahun ini juga turut imbas semula penglamannya yang pernah terlantar di hospital dua tahun lepas akibat koma selepas diserang demam panas dan dijaga rapi permaisuri hatinya itu.
“Ini lah tulang belakang saya..23 tahun kami kawin sampai skrg. Bila time susah dia x pernah mgeluh
“2 tahun lepas saya terlantar di hospital selama 35 ari dia sentiasa di sisi. Mandikan saya cuci pungong saya masa di hospital dulu. Tak pernah dia mgeluh.
“Selepas sakit dulu saya ada prob memori susah nk ingat. Saya akn bertanya perkara yg sama berulang kali..dan isteri saya akn mjawab berulang kli jgk dgn penuh sabar.
“Dia jgk yg mguruskan karier saya, dia mmg akan sentiasa di sisi saya. Tq my love, Suraya,” tulisnya lagi.
Luahan tersebut nyata menyentuh hari para pengikutnya dan ada di antara mereka yang mendoakan agar mereka kekal bahagia harmoni selamanya.
Foto: Astro, Instagram Muss
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.