Tiba 4 Hari Awal Di Malaysia, Grup Wanna One Bikin Panas

Minggu ini pastinya amat dinanti-nantikan oleh para peminat grup popular, Wanna One memandangkan mereka akan mengadakan fan-meeting bertempat di Stadium Negara, Jumaat ini.

Selalunya, selebriti ini akan tiba sehari awal daripada tarikh berlangsungnya event tetapi entah macam mana grup ini boleh tiba awal 4 hari.

Ternyata fans memang terkejut dengan kehadiran grup ini tetapi ini tidak bermakna tiada sambutan dilakukan di KLIA.

Walaupun pengumuman tersebut sangat drastik, MH lihat ramai juga peminat (Wannable) berkumpul di pekarangan KLIA untuk menyambut idol kesayangan mereka itu.

IKLAN

Bagaimanapun, MH terhibur dengan komen-komen di Twitter yang mengeluh mengatakan bahawa kehadiran awal kumpulan tersebut di tanah air bukanlah bermakna mereka akan melakukan tour di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, ada juga fans yang mengambil berat kesihatan ahli grup tersebut mengharapkan mereka akan dapat rehat secukupnya semasa berada di Malaysia, lagipun negara ini kan syurga makanan.

Selain itu, ada juga peminat yang meminta agar Wannable menghormati privasi mereka dan tidak terlalu ghairah untuk berjumpa dengan idol tersebut.

IKLAN

Sementara itu, ada juga peminat yang meluahkan rasa kecewa tidak dapat menghadiri fan-meeting kerana kehabisan tiket.

MH memahami perasaan peminat yang bersedih itu, rasanya seperti ‘so close yet so far kan’? lebih-lebih lagi idol dah dekat tapi sayang…tiada jodoh.

Apa-apapun, MH harap para peminat bawa bertenang dan tidak terlalu obses dengan idol-idol ini ya, tunjukkan sikap rakyat Malaysia yang lemah-lembut dan penuh sopan-santun.