“Tiada Yang Hebat Di Atas Muka Bumi Allah Ini Dan Tidak Salah Jika Kita Yang Ikhlas Mohon Maaf Dulu,”- Linda Rafar

Share

Menerusi posting terkini pelakon dan usahawan, Linda Rafar atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, dia telah berkongsi luahan rasa berunsur nasihat kepada para pengikutnya.

Difahamkan, ada yang dikongsikan itu mempunyai kaitan dengan isu melibatkan dirinya yang viral tidak lama dulu.

“During my last press conference, i felt angry, betrayed, insulted and sad that my mom’s passing did not stop cyber bully against me. My heart was filled by rage.”

“My lawyer sent notices to hundreds of persons defaming me but my heart did not come to a closure.. Some dm me saying sorry.. hence some i forgive but some others went out too much that i cant help but to clear my reputation.”

“In the holy month of Ramadhan, i took this opportunity to say sorry if i ve hurt any of you with or without I forgive every nitizen who ask for my forgiveness and in return i m seeking forgiveness too..”

“Tiada siapa yang hebat di atas muka bumi allah ini dan tidak salah jika kita yg ikhlas memohon maaf dulu serta lupakan segala kisah Allah maha melihat.. segala kebaikkan n keburukkan di catit dan tidak ada satu pon yg akan terlepas pandang.”

“Dunia sementara akhirat selamanyaa..
satu hari kita akan kembali kepadanyaa.. @hafidzahhassan@zetizulkifli @nha_lawfirm,” tulisnya panjang lebar.

Meski ditimpa dengan pelbagai dugaan dalam kehidupanya, pelakon yang berusia 41 tahun itu tetap tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup.

Menurut Linda, dia juga telah memaafkan kepada sesiapa sahaja yang pernah menyakiti hatinya sebelum ini.

Terdahulu, Linda telah kehilangan anak tercinta bernama Rezaimen Keiflin pada tahun 2014 akibat ketumbuhan kronik di dalam perut.

Selepas itu, Linda telah kehilangan ibu tercinta pada 11 Januari yang lalu setelah mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas digigit serangga.

Foto : Instagram Linda Rafar

IKLAN