“Tiada Siapa Inginkan Penceraian,”- Bercinta Dengan Lelaki Muda Dua Tahun, Nonny Nadirah Tenang Berdepan Reaksi Pelbagai Netizen

Share

Pelakon Nonny Nadirah,30, meluahkan rasa di Instagramnya apabila ada segelintir pihak yang mulai mengecam seolah-olah mahu menjatuhkan semangat dirinya ketika sedang menikmati saat bahagia.

Nonny yang lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia, sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Niezam Zaidi, 28 tahun.

“Hadapi dgn tenang dan senyum tak perlu kata apa-apa. Dibentangkan karpet merah bagi mereka semua yang ingin mengecam, memfitnah dan menjatuhkan.

“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. beringatlah, kena sentiasa ingat.

“Fitnah dunia akhir zaman, benda yang tak ada boleh diada kan,” tulis Nonny.

Menurutnya, ada yang iri hati melihat dirinya gembira dan mula menyebarkan fitnah.

Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu title nya bujang lepas tu kahwin, lepas tu cerai semata-mata untuk dapat title janda.

“Semua orang boleh jadi baik. Tapi saya tak nak yang baik je, saya nak yang bertanggungjawab.

“Kepada korang yang belum ada experience dalam hal rumahtangga baik senyap kumpul ilmu banyak-banyak macam mana nak kenal & sayang pasangan korang.

“Yang dah kawin mesti faham dengan apa yang saya maksudkan,” tulisnya panjang lebar.

Baginya, jodoh adalah urusan Yang Maha Esa dan dia menerima dengan hati terbuka.

“Tentang jodoh? Itu semua rahsia Allah. Ada jodoh Alhamdulillah, tak ada jodoh tetap Alhamdulillah. Sentiasa sangka baik dengan Allah dan juga sesama manusia.

“Aku dah puas merasa sakit jadi orang nak buat apapun aku dah tak ada rasa apa-apa. Jadi buatlah sesuka hati kamu, semoga Allah sentiasa melindungi kamu.

“Ajar diri simpan niat dalam hati menyayangi sesuatu atau seseorang itu demi kerana Allah nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Percaya pada janji Allah,” tulis Nonny lagi.

Untuk rekod, Nonny pernah berkahwin dengan Mustain Adnan.

Bagaimanapun, rumah tangganya retak tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka.

Foto: Instagram Nonny Nadirah

IKLAN