Pelakon Syafiq Kyle mengakui dia tidak pernah terikat atau meletakkan sebarang syarat mengenai gandingan heroinnya menerusi naskhah drama mahu pun filem.

Bagi aktor berusia 25 tahun ini, apa yang lebih penting adalah perjalanan sesebuah cerita dan pada masa sama memandang keserasian di antara pelakon dan kerjasama sepasukan yang mampu menaikkan sesebuah nakshah yang dijayakan.

Bagaimanapun sekiranya diberi peluang untuk memilih, dia lebih selesa untuk membaca skrip terlebih dahulu sebelum membayangkan siapakah yang dirasakan paling sesuai untuk bekerjasama.

IKLAN

“Saya tidak boleh nak cakap apa-apa soal tersebut kerana rasanya lebih baik untuk baca skrip terlebih dahulu. Daripada situ mungkin saya akan dapat bayangan siapakah heroin yang boleh bekerjasam, andai diberi pilihan untuk memilih.

 

“Cuma saya lebih gemar untuk melihatnya daripada suduh keserasian sesama pelakon,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia bersetuju sekiranya digandingkan dengan bekas kekasih, Uqasha Senrose menerusi mana-mana drama, pelakon drama rantaiain Nur ini menjelaskan, dia tiada masalah untuk bekerja dengan sesiapa sahaja.

“Kami pernah berlakon sama selepas tiada apa-apa hubungan. Cumanya dalam naskah yang panjang belum berpeluang lagilah. Tapi kalau diberi peluang, saya tiada masalah dan rasanya begitu juga dengan dia. Bagi saya, Uqasha sangat profesional,” terang Syafiq jujur.

IKLAN

Sementara itu, melihat kepada kejayaan besar yang dilakar Nur, Syafiq turut memanjat rasa syukur dan terharunya kerana diberi kesempatan untuk terlibat di dalam sebuah produksi dan naskhah yang bagus.

“Saya tidak pernah meminta untuk berlakon di dalam mana-mana naskhah yang bagus. Namun alhamdulillah peluang dan tawaran yang datang adalah daripada produksi dan naskhah yang baik, yang mana saya tidak perlu pertikaikan pun.

 

“Kejayaan ini pun hadir daripada sokongan semua dan pastinya saya gembira dengan pencapaian Nur,” akhirinya. 

Dalam perkembangan lain, Syafiq yang menyambut lebaran di Negeri Sembilan baru-baru ini bakal sibuk di lokasi sebuah filem dan drama bersiri yang akan memulakan penggambaran dalam tempoh terdekat.

IKLAN

Foto: Carian Google

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI