Pelakon Diana Danielle tetap menyambut Aidilfitri dengan ceria walaupun dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, beraya bersama bekas suaminya, Farid Kamil, tahun ini.
Menurut Diana, walaupun perkahwinan yang dibina selama 13 tahun telah berakhir, dia tetap menjalani kehidupannya dengan baik dan tidak bersedih dengan keadaan tersebut.
“Sejujurnya, saya seperti tiada perasaan. Minta maaflah, saya tiadalah sampai nak menangis di bucu katil atau termimpi-mimpi. Tidak sama sekali. Saya hanya bersyukur, Alhamdulillah anak-anak sihat dan dia (Farid) sihat.
“Apa yang penting, apabila Farid dan anak-anak gembira, saya pun gembira. Walau apa pun, sehingga ke akhir hayat, kami tetap ada pertalian.
“Jadi, saya harap Farid dan anak-anak akan bergembira di hari raya. Farid akan bawa anak-anak beraya di Kedah. Saya tidak sedih. Bila kita sudah buat sesuatu keputusan, kita kena matang melaluinya,” katanya kepada MH.
Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia, baru-baru ini.
Tradisi Raya Di Kampung
Diana menambah, dia juga mahu anak-anaknya meneruskan tradisi beraya di kampung seperti yang mereka lakukan setiap tahun.
Ads
“Saya bersyukur sebab anak-anak ada bapa yang sangat mengambil berat, habiskan masa bersama dan bawa pulang ke kampung. Belah saya memang sudah tiada kampung lagi.
“Dari dulu pun saya beraya di Kedah, itulah suasana kampung bagi saya. Jadi, penting untuk anak-anak untuk terus rasa suasana raya di kampung walau apa pun terjadi antara kami,” katanya lagi.
Diana juga bersyukur kerana kedua-dua anaknya cukup matang dan memahami keadaan keluarga mereka pada ketika ini.
“Anak-anak saya bukan lima tahun lagi. Usia mereka sudah 10 dan 12 tahun. Mereka sangat memahami dengan situasi yang berlaku saat ini. Mereka tiada isu pun.
Ads
“Mereka tidak persoal mengapa tidak macam ini dan sebagainya. Tiada tekanan di rumah dan tiada apa yang membuatkan kami ada tekanan,” kongsinya.
Ruang Untuk Diri Sendiri
Berkongsi perancangannya menyambut Syawal di Kuala Lumpur, Diana melihat peluang ini sebagai masa untuk berehat dan menikmati waktu untuk dirinya sendiri.
Diana juga tidak berasa kesunyian kerana masih mempunyai ramai ahli keluarga dan kenalan yang turut berada di ibu kota.
“Saya rasa emak-emak di luar sana memahami perkara ini, sebab Ramadan saya agak sibuk, jadi raya itulah masanya kita nak berehat sebab perjuangan selama sebulan itu juga tidak mudah. Masa seminggu itu saya rasa macam, lega.
Ads
“Saya harap orang tak ambil negatif, bukanlah saya tak mahu beraya dengan keluarga, tapi inilah realiti saya sekarang ini.
“Dari saya bersedih, menunggu anak-anak pulang dengan hati sayu, ia tidak memberikan kesan yang baik pada saya, jadi saya ambil ini sebagai suatu perkara positif.
“Inilah masa saya boleh fokus pada diri saya, jumpa saudara mara yang mungkin sudah lama saya tak jumpa, jumpa kawan-kawan dan sebagainya,” katanya.
Sejarah Rumah Tangga
Terdahulu, Farid dan Diana berdepan konflik rumah tangga sehingga bercerai buat kali pertama melalui Google Meet pada 10 Ogos 2023. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk rujuk dalam tempoh iddah.
Namun, pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai talak satu buat kali kedua.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz, reda apabila hubungan cintanya selama 12 tahun dengan kekasih hati telah berakhir.
Meskipun tempoh itu bukanlah sekejap, Azira tetap bersyukur dengan perjalanan hidupnya setakat ini.
“Nak buat macam mana? Jodoh tidak panjang. Apa pun, saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya ini. Saya cuma mahu kalian doakan supaya saya dipertemukan jodoh pada masa akan datang.
“Mungkin saya akan berkahwin tahun hadapan. Siapa tahu? Ini adalah impian dan doa saya,” katanya.
Azira berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro Shaw di Espira Kinrara, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Anggota kumpulan De Fam ini turut menepis dakwaan bahawa dia tidak serius dalam perhubungan.
“Kalau tidak serius, saya tidak akan bersama dengannya selama 12 tahun. Bila bercinta terlalu lama, mungkin kita tersedar yang kita tidak serasi. Bibit percintaan itu sudah tiada lagi.
“Saya tetap percaya dengan jodoh. Kalau ada, mungkin saya akan tetap bersama dengan dia. Buat masa sekarang, saya mahu fokus kepada diri sendiri. Saya berpisah secara baik, tiada pergaduhan berlaku,” jelasnya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah merasakan hubungan yang terlalu lama ini seakan membuang masa, Azira tidak menafikan bahawa perkara itu sedikit sebanyak telah mematangkan dirinya.
“Sudah tentu saya ada terfikir perkara itu. Namun, perkara ini mematangkan saya lagi dalam soal percintaan.
“Andai kata saya bertemu jodoh atau kembali semula kepada cinta lama, mungkin saya akan lebih matang dan memahami.
“Saya memang nak cari pasangan yang memahami, terutamanya dalam soal kerjaya saya. Saya bukanlah seorang yang terlalu sibuk, tapi ada kalanya, waktu untuk diri sendiri pun tiada,” katanya.
Pelakon One Cent Thief ini juga mengakui dirinya terbuka untuk berkenalan dengan lelaki lain dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.
“Berkawan itu memang ada. Pada saya, tak salah untuk berkawan dengan ramai orang. Bercinta biar satu. Buat masa sekarang, saya belum terfikir lagi.
“Alhamdulillah, kali ini saya lebih tenang. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Saya mahu seseorang yang mampu membimbing saya.
“Saya sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma cincin sahaja belum ada di jari,” katanya.
Terdahulu, pada Oktober 2023, Azira pernah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya, Yasser Khan.
Malah, dia turut memuat naik foto bersama kekasihnya dengan kapsyen seakan menanti giliran untuk disatukan sebagai suami isteri.
Ini juga bukan kali pertama Azira melalui episod putus cinta bersama lelaki yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Intan Najuwa tidak menyangka perkongsiannya mengenai pengambilan tiga orang pengasuh untuk membantu menjaga anak sulungnya mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.
Menurut Intan, dia berkongsi perkara tersebut sekadar menjawab pertanyaan peminat, selain menitipkan dedikasi buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
“Korang, jangan marah-marah okay. Saya berkongsi mengenai babysitter itu sebab saya buat Q&A.
“Pada masa sama, ia merupakan antara perkara-perkara kecil yang saya buat untuk menghargai apa yang telah dilakukan oleh suami terhadap saya.
“Bila kita berkata yang baik-baik, Insya-Allah kita akan tenang. Itulah apa yang saya amalkan selama ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Jesnita itu menerusi satu hantaran di aplikasi Thread.
Dalam pada itu, Intan turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.
“Marilah kita menjadi baik terhadap satu sama lain. Semoga kita gembira menjadi seorang ibu dan sentiasa menghargai suami dalam segala hal.
“Cintailah apa yang kita miliki ketika ini. Usah banding-bandingkan. Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahkan rezeki dan bahagia selalu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong pandangan Intan dan menasihatinya agar mengabaikan komen-komen negatif. Antaranya;
“Siapalah yang marah tu? Kenapa nak bitter? Itu kan rezeki masing-masing. Bahagia cara masing-masinglah ya.”
“Lah, ada yang tersakiti ke? Alahai, biar la dia. Itu rezeki dia. Kita ni ada dah la rezeki kita. Tak payah kalut sangat la.”
“Please do share more! Ramai je yang suka tengok sebab rasa admire dan terinspirasi. Yang tak suka tu biar je dorang bersihkan hati dorang sendiri,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Intan mendedahkan bahawa suaminya telah mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak sulung mereka, Imane Lunara.
Intan bertemu jodoh dengan Azraf pada 18 Ogos 2023, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia muzik antarabangsa kehilangan seorang bintang apabila Angie Stone, penyanyi ikonik yang terkenal dengan lagu-lagu “No More Rain (In This Cloud)” dan “Wish I Didn’t Miss You”, disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada pagi Sabtu lalu.
Berita sedih ini disahkan oleh jurucakapnya, Yvonne Forbes, kepada CNN. Angie, yang berusia 63 tahun, terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Atlanta, Georgia selepas mengadakan persembahan di Mobile, Alabama.
Dia berada dalam sebuah van Sprinter bersama sembilan individu lain, namun butiran lanjut mengenai kecederaan penumpang lain masih belum didedahkan.
Dilahirkan di Columbia, South Carolina, Angie Stone memulakan perjalanan seninya sejak akhir 70-an sebagai ahli kumpulan rap wanita The Sequence, yang popular dengan lagu “Funk You Up.”
Namun, namanya lebih bersinar sebagai penyanyi solo dalam genre neo-soul dan R&B, dengan album-album hit seperti “Black Diamond” (1999) dan “Mahogany Soul” (2001).
Pemilik nama penuh Angela Laverne Stone ini pernah dicalonkan untuk Anugerah Grammy menerusi lagu “More Than a Woman” dari album “Mahogany Soul”, serta lagu “U-Haul” daripada album “Stone Love” (2004).
Pencalonan Grammy terakhirnya adalah pada tahun 2007 untuk lagu “Baby”, daripada album “The Art of Love & War.”
Selain mencipta nama dalam dunia muzik, dia juga berbakat besar dalam bidang lakonan dengan lebih daripada 40 kredit lakonan di kaca televisyen dan layar perak.
Angie pernah muncul dalam siri TV popular seperti “Girlfriends”, di mana dia turut menyanyikan lagu tema rancangan tersebut, serta “Moesha”, yang dibintangi oleh Brandy Norwood.
Antara filem lakonannya pula termasuk “The Hot Chick”, “Scary Movie V”, dan “Ride Along.” Difahamkan, dia mempunyai satu projek filem yang masih dalam proses pasca-produksi, berjudul “Abused.”
Sedikit tentang kehidupan peribadinya, Angie memiliki sepasang cahaya mata iaitu Diamond Stone dan Michael D’Angelo Archer II yang juga seorang penyanyi rakaman dengan nama pentas Swayvo Twain.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...