Tiada Penyingkiran Lagi! Dina Nadzir Hanya Raih 60.60%, Jac Gemilang Dengan 85%, Semak Markah Semua

Share

Program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu kelapan sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran yang dibuat, sekaligus memberi ruang buat sembilan peserta lolos untuk bersaing ke minggu seterusnya, Ahad depan.

Penyanyi Jaclyn Victor yang menyampaikan lagu Lelaki Ini yang dipopularkan oleh Anuar Zain berada di kedudukan pertama dengan 85 peratus.

VE dan Tomok masing masing berada di tangga kedua dan ketiga dengan 80.40 peratus dan 79 peratus.

Berikut markah penuh kesemua peserta yang bertanding;

Terdahulu, GV9 mula bersiaran 18 September lalu menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, menggantikan Jihan Muse sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50,000.

Manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Kesemua bintang bertanding diadili oleh ketua juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN