Elfira Loy yang kini sedang sarat hamil 6 bulan bagaimanapun mengakui belum membuat keputusan mahu lahirkan anak pertamanya di mana-mana hospital atau pusat perubatan.
Malah katanya kepada MH, usia kandungannya baru mencecah usia enam bulan dan ketika ini, dia hanya melakukan pemeriksaan kandungan berkala di sebuah klinik swasta.
“Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital mana untuk bersalin nanti, saya tak pilih lagi sebab takut,” seloroh bintang yang mesra disapa El ini.
Ads
Pada masa sama, pelakon Kum Kum ini juga turut rasa ‘gerun’ apabila memikirkan detik-detik melahirkan anak sulungnya kelak.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” tambahnya lagi.
Ads
Ditanya mengenai persiapan dalam menantikan keluarga baru, El mengakui bersederhana adalah lebih baik.
“Buat masa ini kami belum beli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tiada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang El yang idamkan anak perempuan, meski suami mahukan anak lelaki.
“Orang berkata macam-macam bila ada anak nanti, namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” jelas El.
Terdahulu, pelakon dan hos ini ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant bertempat di The Gardens Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ditinggalkan ibu kandung sedari usia empat bulan dan hilang tanpa khabar, Muhammad Danish Iskandar yang kini berusia 10 tahun dijaga oleh pengasuh yang kini bergelar ibu angkatnya.
Menerusi perkongsian hos dan penulis lirik, Fedtri Yahya, difahamkan ibu kandung Danish meminta pengasuh, Noraini Muda untuk menjaga anaknya selama sebulan dengan upah RM300.
Bagaimanapun, tempoh jagaan berlarutan dan wanita itu hilang tanpa khabar berita.
“Anak syurga akan sentiasa dipayungi kasih ibu walau bukan oleh ibu yang melahirkan.
“Muhammad Danish Iskandar diasuh sejak berusia empat bulan bagi memenuhi permintaan ibu kanak-kanak berkenaan untuk menjaga anaknya selama sebulan bagaimanapun tempoh jagaan berlarutan, bahkan dalam masa dua tahun selepas itu, wanita tersebut hanya datang membawa lampin pakai buang dan susu sahaja.
“Ibunya minta saya jaga selama sebulan sahaja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh budak.
“Sehingga kini sudah 10 tahun Muhammad Danish Iskandar bersama saya dan tiada khabar berita daripada ibunya yang gagal dihubungi,” maklumnya.
Meski disahkan mengidap celebral palsy selepas mengalami sawan, Noraini nekad untuk menjaga kanak-kanak itu dengan menukar hak penjagaan.
“Noraini berkata, anak angkatnya disahkan menghidap ‘celebral palsy’ ketika berusia enam tahun selepas mengalami sawan buat kali pertama semasa di bawah jagaannya dan perkara itu sudah dijangka memandangkan tumbesarannya yang tidak normal seperti kanak-kanak lain.
“Katanya, kerana kasih dan sayang dia memutuskan untuk menukar hak penjagaan Muhammad Danish Iskandar pada tahun lalu selepas berpeluang bertemu semula dengan ibu kandung kanak-kanak tersebut yang berjaya dijejaki pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyelesaikan urusan membuat kad pengenalan anak angkatnya.
“Saya sudah anggap dia macam anak sendiri dan tak akan beri kepada orang lain, sekalipun saya mati, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tidak harapkan orang lain untuk bela dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minumnya yang memerlukan penjagaan teliti,” kongsi pengacara popular ini lagi.
Pelakon Yatt Hamzah kini tidak duduk senang kerana bimbang nasib suami, Zulfadhli Khairuddin dan delegasi misi #wakeupforGaza.
Difahamkan, mereka kini terperangkap di pintu sempadan Rafah, Mesir yang dikawal tentera Israel.
Perkara itu dikongsikan Yatt menerusi perbualan aplikasi Whatsapp.
“BERITA TERGEMPAR!! Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia mlm ini, ditahan oleh tentera MESIR dan terkandas di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza..😢☹ “MOHON DOA SEMUA yg membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, utk misi #wakeupforGaza yg digerakkan oleh #MAPIM@mapimofficial yg sdg TERKANDAS di pintu Rafah, MESIR agar diberi kemudahan dan dijauhkan dr segala mudarat.
“Berita setakat ini, mereka ditahan dan tidak dpt keluar dr Rafah mengakibatkan mereka terpaksa bermalam di sana hari ini dan terlepas flight ke Malaysia yg dijadualkan mlm ini. Berapa lama mereka akan ditahan? Yg itu masih tanda tanya. . Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yg sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pd tahun 2013. Mmg sgt mencabar dan menduga kesabaran.😓
“Saya Yatt Hamzah, mohon sgt2 🙏 kita sama2 doakan keselamatan dan kelancaran urusan mereka dan segera dilepaskan keluar dr pintu Rafah. Antara yg menganggotai delegasi itu adalah Suami saya yg tercinta @zulfadhli_khiruddin iaitu Pengarah Media MAPIM, bersama 2 lg team #MAPIM iaitu KETUA MISI Dr @saniarabyalkahery dan Mejar @zulhanisz77 Juga shbt2 saya @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan Setiausaha Politik Kementerian Luar juga rakan2 media dari @tvalhijrah114
“LA HAWLAWALA KUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIQMAL WAKEEL. Ya Allah Kau Selamatkanlah mereka, Permudahkanlah urusan mereka, Jangan Kau persulitkan.. Aameen. Sokonglah perjuangan dan Pengorbanan delegasi Malaysia ini dg meneruskan menderma ke WWW.TABUNGGAZA.COM,” tulis Yatt panjang lebar.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Dalam pada itu, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah akui dia tidak boleh tidur, lalu melakukan solat hajat kira-kira jam 2 pagi tadi.
“Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jd peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dpt hubungi dan maklumkan yg MEREKA SEMUA SELAMAT.
“MRK BKN DITAHAN ISRAEL TP TENTERA MESIR. ALLAHUAKBAR ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH, KAU DENGAR DOA2 KAMI. TERIMA KASIH ATAS DOA2 KALIAN SEMUA,” tulisnya.
Namun, Yatt akui dia menerima salah maklumat dari pihak berkenaan.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana suami dan delegasi misi #wakeupforGaza dalam keadaan selamat dan baik.
“Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah. Rupanya kami dpt maklumat yg salah mlm td..
“Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dr pintu Rafah MESIR itu krn sikap tentera/polis MESIR lebih krg shj dg ISRAEL.
“Mereka TERKANDAS BERJAM2 SEMALAM dan DIARAH MASUK SEMULA KE DLM GAZA DAN BERMALAM DI SANA SEBELUM MENCUBA LG UTK KELUAR PAGI INI.
“Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dlm GAZA? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama2 tunggu update berita terkini dr mrk. Sementara itu mohon semua. Teruskan Berdoa agar mereka selamat keluar dr Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga msg2..Aameen Ya Rabb,” pohon Yatt.
Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun hadapan.
Katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian, filem yang diangkat dari drama rantaian popular itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd dengan kerjasama Primeworks Studios.
“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.
“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya seperti yang dipetik.
Filem tersebut dijangka bakal menjalani penggambaran Mac tahun depan memandangkan salah seorang pelakon utamanya, Amyra Rosli yang baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan anak kedua.
Berkongsi mengenai perjalanan cerita dalam versi filem pula, pengarah terbabit akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan Nur musim kedua.
“Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.
“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” jelasnya lagi yang turut memberikan aspek skor muzik untuk filem teesebut kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.
Menerusi kerjasama sama sebelum ini, mereka pernah menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang.
Pelakon Shukri Yahaya mengakui dirinya agak terkilan dengan sikap segelintir pelakon baharu yang didakwa tidak mahu menerima tawaran drama dan hanya mahu memberikan tumpuan kepada projek di platform over the top (OTT) serta filem.