Jika hujung Mac yang lalu Datuk Dr Boy Iman ada mengeluarkan kenyataan khas buat makcik dan pakcik bawang berkenaan dengan tittle ‘Dr Falsafah’ yang dimilikinya, dengan memuat naik sekeping gambar ‘bukti’ di Facebook, baru-baru ini pihak Universiti Malaya telah tampil dan memberi keterangan terhadap isu terbabit.
Menurut UM, berkenaan dengan isu status pendaftaran calon Doktor Falsafah yang mengaitkan dengan bekas pelakon Blok 404, Boy Iman dalam bidang pentadbiran Perniagaan itu telah disahkan tidak menerima sebarang pendaftaran atas nama pelakon tersebut sebagai salah seorang calon Doktor Falsafah di UM.
Isu ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata berang dengan tindakan Boy yang dikatakan tidak serik-serik memberi maklumat palsu.
Malah, ada juga beberapa pihak meminta pihak universiti ini mengambil tindakan terhadap Boy kerana memalsukan segala maklumat terutamanya memiliki kad pelajar palsu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI