“Tiada Niat Pun Nak Malukan Orang Yang DM Tu..,” – Tak Sengaja Dedah Identiti Wanita Yang Cuba Buat Video Trending, Hafreez Adam Mohon Maaf

Share

Pelakon, Hafreez Adam memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mendedahkan indentiti wanita yang meluahkan perasaannya di ruangan direct mesej telah menerima kecaman pelbagai pihak.

Menurut Hafreez, dia sebenarnya terlepas pandang mengenai perkara tersebut memandangkan peminat wanita berkenaan hanya ini membuat video cabaran yang ketika ini sedang trending di aplikasi Tik Tok.

Katanya lagi, dia juga sudah membuat permohonan maaf dan hubungannya bersama peminat wanita tersebut juga kini baik-baik sahaja.

“Asslamualaikum kawan-kawan. Sorry, lambat nak cakap pasal benda ni sebab tengah shoot tadi. Baru wrap ni. Okay untuk sesiapa yang tahu, tahu la ye. Dari Twitter atau Tik Tok. Benda ini adalah perkara kecil sahaja.

“Pertama sekali, seperti yang saya katakan, post saya pasal reply saya pada trend Tik Tok itu, hanya gurauan sahaja.

“Tiada niat pun nak malukan orang yang dm tu dan kalau memang nak malukan pun, saya takkan cover nama nama dia. Bodoh saya bila terlepas pandang pasal dp dia. Lupa nak cover tu sekali.

“Ya, itu silap saya dan bila tuan badan dah tegur, saya pun cepat minta maaf. Secara terbuka juga dan saya buang gambar tu daripada feed walaupun dia cakap tak payah. Saya buangkan juga sebab saya memang tak ada niat nak malukan dia,” tulisnya.

Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gantung The Series itu menerusi beberapa hantaran di Instagram stories.

Dalam pada itu, Hafreez turut berharap agar semua pihak berhenti untuk mengecam rakan-rakan artis sebelum telah meninggalkan komen pada posting yang telah dimuat naik oleh sebelum ini.

“Isu dah selesai sebab saya dengan tuan badan berbalas balas sahaja di dm. Saya yang cadangkan dia buat trend baru #tiktokdonewrong tu. Sebab that was the whole idea pun yang sepatutnya jadi lawak.

“Cuma ralat sangat sekarang ni sebab tiba-tiba terkait rakan saya juga yang bertanya soalan sebab mereka betul-betul clueless. Mereka bertanya kerana mekera curious sebab dia ingat orang tu orang yang sama dan hantar pada ramai orang benda tu.

“Mereka tak tahu itu sebenarnya trend tik tok trend sebab dia memang tak main tik tok pun. Saya minta agar berhenti mengecam dia. Saya yang post joke itu. Di bertanya tapi dia pula yang kene kecam. Tak adilkan?,” ujarnya lagi.

Dikesempatan itu juga, Hafreez turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak menggunakan sosial media ini untuk menyebarkan kebencian.
“Sayang betul kalau kita guna sosial media ini untuk sebarkan kebencian pada orang. Betul tak? Kalau nak marah, marah saya je. Sebab saya yang post joke itu. Itu salah saya dan jangan kaitkan orang lain.

“Kita masih dalam bulan Syawal ni. Marilah saling bermaaf-maafan dan hidup dalam keadaan yang lebih bagus, sihat dan positif. Sekali lagi, abang minta maaf pada penghantar dan juga sesiapa yang tersinggung dengan post saya,” akhirinya.

Semalam, seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas percubaannya untuk membuat trend video yang ketika ini sedang viral di Tik Tok tidak menjadi. Malah, identitinya juga turut telah didedahkan kepada khalayak umum.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hafreez Adam & Carian Google

IKLAN