“Tiada Niat Menunjuk Kebaikan, Semua Ini Sebab…,” – Sukarela Nak Bantu, Atu Zero & Isteri Hantar Bantuan PPE Ke Sabah

Share

Pelawak dan pengacara, Atu Zero mendedah dia barsama isteri kini dalam persiapan untuk menghantar bantuan berbentuk pakaian baju pelindung (PPE) buat para petugas di hospital sekitar Sabah.

Menurut Atu, meski ramai yang melabelkannya seperti menunjuk-nunjuk, dia tidak mahu mengambil kisah kerana keselamatan para frontliner harus diberikan keutamaan.

“Salam semua. Alhamdulilah. Sekarang ini dana yang kami ada pakai dana sendiri. Ada juga kawan-kawan artis dan kawan-kawan yang sudi bagi sikit dana. Terima kasih semua.

“Memang banyak yang tidak cukup mana yang mampu kita tolong. Ada lagi duit kempen hari tu kita boleh salurkan.

“Walaupun ramai orang Sabah kecewa dengan zero tidak mengapa kita tidak marah.

“Tiada niat menunjuk2 kebaikan kita buat, semua ini sebab kita sayang semua,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anggota kumpulan lawak, Zero itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, isteri kepada Atu yang juga merupakan pereka fesyen, Shafeeqa Johari turut menyeru kepada orang ramai agar turut sama-sama menghulurkan bantuan supaya misi ini dapat diperluaskan.

“Semoga dipermudahkan kami sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di sabah.

“Dekat sana 60% doktor adalah dari semenanjung. Kita bantu mereka ibarat kita bantu orang-orang semenanjung juga. Mcm mana kita hadapi COVID-19 awal-awal dulu, macam tu lah mereka.

“Sama-samalah kita bantu. Siapa-siapa yang boleh sumbang dana atau ada ppe yang boleh anda bagi kepada kami untuk dihantar ke sana boleh pm saya.

“Jika ada fabric, saya akan usahakan untuk menjahit ppe bersama volunteer lain. Minta tolong sama-sama kita selamatkan negara. Bersatulah kita. Terima kasih

“Hati ini sedang risau. Jika yang terjangkit itu adalah salah seorang saudara kita. Saya tiada company/yayasan. Memang niat sukarela nak membantu,” kongsinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji usaha selain turut mendoakan semoga urusan Atu dan isteri dipermudahkan.

Sumber: Instagram Atu Zero & Syafeeqa Johari

IKLAN