Uncategorized

“Tiada Niat Lain, Melainkan Untuk Kembalikan Imej Dan Maruah Muslimah Bertudung,” – Da’i Luqman ‘Sound’ Wani?

Share

Wani yang baru saja muncul menerusi single terbaru, Pendusta Cinta mendapat reaksi pelbagai daripada netizen menerusi penampilan dan aksi bekas peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama itu yang menari bersama para penari iringan di dalam muzik video rasmi lagu berkenaan.

Muzik video yang di muat naik lebih enam hari lalu itu turut menampilkan Waris sebagai penyanyi tampilan khas.

Selain ada netizen yang tidak berapa senang dengan aksi tarian yang dibawa Wani kerana penampilannya yang berhijab, ada juga yang mendakwa entri yang dimuat naik Da’i Luqman menerusi Instagram seperti ditujukan buat penyanyi muda terbabit.

Pendakwah tersebut memaklumkan mengenai pendiriannya terhadap nyanyian tetapi usahlah sampai mengundang fitnah besar buat wanita bertudung.

“Buat seorang penyanyi wanita popular berhijab, nak menyanyi silakan tapi tak payahlah sampai menari. Kerana itu mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung. Niat untuk bagi malu bagi orang yang dah hilang malu,” tulisnya menerusi entri di Instagram,” kongsinya. 

Bagaimanapun, pendakwah tersebut tidak pula menyebut nama mana-mana induvidu. Lalu ada yang merujuk ia ditujukan buat penyanyi berkenaan yang secara kebetulan muncul dengan muzik video seumapamanya.

Sementara menerusi ruangan kapsyen, Luqman turut memberikan perkongsian panjang berhubung isu berkaitan.

“Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung,” tulisnya sambil diiringi dengan perkongsian tersebut.

Foto: Instagram Luqman/Wani Selamat

 

 

IKLAN