Wani yang baru saja muncul menerusi single terbaru, Pendusta Cinta mendapat reaksi pelbagai daripada netizen menerusi penampilan dan aksi bekas peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama itu yang menari bersama para penari iringan di dalam muzik video rasmi lagu berkenaan.
Muzik video yang di muat naik lebih enam hari lalu itu turut menampilkan Waris sebagai penyanyi tampilan khas.
Selain ada netizen yang tidak berapa senang dengan aksi tarian yang dibawa Wani kerana penampilannya yang berhijab, ada juga yang mendakwa entri yang dimuat naik Da’i Luqman menerusi Instagram seperti ditujukan buat penyanyi muda terbabit.
Pendakwah tersebut memaklumkan mengenai pendiriannya terhadap nyanyian tetapi usahlah sampai mengundang fitnah besar buat wanita bertudung.
IKLAN
“Buat seorang penyanyi wanita popular berhijab, nak menyanyi silakan tapi tak payahlah sampai menari. Kerana itu mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung. Niat untuk bagi malu bagi orang yang dah hilang malu,” tulisnya menerusi entri di Instagram,” kongsinya.
Bagaimanapun, pendakwah tersebut tidak pula menyebut nama mana-mana induvidu. Lalu ada yang merujuk ia ditujukan buat penyanyi berkenaan yang secara kebetulan muncul dengan muzik video seumapamanya.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, Luqman turut memberikan perkongsian panjang berhubung isu berkaitan.
“Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung,” tulisnya sambil diiringi dengan perkongsian tersebut.
Penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo, Sissy Iman memohon maaf kepada semua andai ada yang tidak suka dengan persembahannya malam tadi.
Menerusi minggu...
Nama pengacara program Famili Duo, Janna Nick tidak semena-mena diheret sama dalam insiden pergaduhan melibatkan dua isteri bekas jurulatih seperti yang hangat diperkatakan kini.
Enggan...
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan setiap penyanyi yang berada di kerusi juri pasti mempunyai cara mereka yang tersendiri di dalam melontarkan komen...
Hos program Famili Duo bersama Sean Lee, Janna Nick mengakui saingan minggu keenam rancangan hiburan realiti itu cukup sengit.
Malah Janna menerusi satu hantaran terkininya...
Penyanyi Ryan Deedat tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi wanita yang juga seorang model berusia 28 tahun.
Bagaimanapun setakat ini, Ryan, 31, belum...
Pengacara dan model, Yaya Zahir yang kini sedang hamil anak pertama mendedahkan dia dan suami, Arriz Azim bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.
Usia kandungan...
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Bersyukur atas rezeki...
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat merisik, di dalam sebuah majlis ringkas yang dilangsungkan di Taiping, Perak, hari ini.
Perkara itu disahkan pengurus...