“Tiada Mesin Jahit Dan Sekadar Menumpang Di Falkulti, Sudah Berkempatan Gayakan Artis Nombor 1 Negara,” – Rizman Ruzaini Menangis Berpelukan, Rai Ulang Tahun Ke-15

Share

Pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini meraikan sambutan ulang tahun ke-15 mereka dalam industri fesyen tahun ini.

Menerusi Instagram, jenama itu berkongsi momen indah sepanjang 15 tahun membina nama bersama kisah tersendiri barisan personaliti seni yang sinonim dengan label mereka.

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Suti Nurhaliza yang sedia maklum kerap menyarung busana indah rekaan mereka turut ditampilkan menerusi satu hantaran di Instagram rasmi Rizman Ruzaini.

“The long awaited and anticipated, ramai yang ternantikan wajah Mustika Hati negara. 15 tahun usia Rizman Ruzaini, 15 tahun jugalah usia kembara bersama Beliau.

“Masih segar ingatan pertama kali diberi penghormatan menghasilkan busana rona kundang yang dipakai sewaktu persembahan di Anugerah ternama, menangis berpelukan kami di bawah pentas.

Siapa sangka, walau masih hijau di dalam bidang ni, walau tiada punya mesin jahit dan sekadar menumpang di falkulti, sudah berkempatan mengayakan beliau, Artis No 1 negara. Itulah the incomparable Dato Seri Siti Nurhaliza,” tulis kapsyen berkaitan bersama foto yang dirakam BlackPepper Production.

Pada masa sama, pereka tersebut turut memberi gambaran bintang tersohor itu masih sama seperti sebelumnya.

“Alhamdulillah, baru semalam menemaninya kala rakaman muzik video terbaru, masih lagi SITI yang sama. Yang senantiasa membahagiakan sesiapa yang berada di sekelilingnya.

“Dari krew pengambaran hinggalah ke pengawal keselamatan, semua disapa mesra. Tidak hairanlah beliau kekal berada di atas, di takhta miliknya yang belum mampu ditembus.

“Dan, dengan penuh rasa bangga to have you on board as Our Fashion Royalty,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Selain Siti, turut sama diberikan penghargaan termasuk Ziana Zain, Fazura, Izara Aishah dan ramai lagi.

Foto: Instagram Rizman Ruzaini

IKLAN