Semalam kecoh satu Malaysia apabila video Juara Fear Factor Malaysia, Mat Redho melakukan ‘ropeswing’ bersama anak kecilnya viral di laman media sosial.

Rata-rata mengecam tindakan Mat Redho yang dikatakan tidak sayang anak kerana melakukan aksi berbahaya tersebut sedangkan anak kecil itu hanya diikat dengan tali keselamatan sambil berada di dalam dukungan bapanya.

‘Tiada Lagi Terjunan Bersama Anak Kecil Buat Masa Ini’ – Ini Kenyataan Wakil Pengendali Aktiviti Ropeswing

Walaupun Mat Redho sudah memberikan kenyataan menerusi Instagram miliknya, rata-rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dan menuduhnya dengan pelbagai tuduhan.

IKLAN

Dalam pada itu, pihak terlibat membantu Mat Redho mengendalikan terjunan tersebut turut terkena tempias kerana bersetuju melakukan aksi berbahaya itu.

‘Tiada Lagi Terjunan Bersama Anak Kecil Buat Masa Ini’ – Ini Kenyataan Wakil Pengendali Aktiviti Ropeswing

Berikutan itu, wakilnya, Shafiq Azmi memberikan kenyataannya menerusi akaun Facebook miliknya.

IKLAN

“Ini adalah kenyataan rasmi dari saya selaku pengendali aktiviti ‘ropeswing’ di jambatan Kuala Kubu Baru.

“Untuk makluman, penerjun yang bersama anak kecil sebelum ini adalah “special case” dan hanya selepas kami benar-benar yakin dengan langkah-langkah keselamatan yang diambil dan setelah mengambil kira kondisi kanak-kanak tersebut.

“Tiada lagi sebarang terjunan bersama anak kecil buat masa ini. Kami hanya akan menggalakkan mereka bermain mobile legend dan juga basikal lajak.

“Berkenaan dengan helmet pula, untuk makluman semua, helmet tersebut hanya bertujuan meletakkan gopro semata-mata. Secara logiknya, tiada sebarang objek yang boleh jatuh dan mengenai kepala.

“Ini bukan rock-climbing atau kerja-kerja bangunan. Ropeswing di luar negara tidak pun memakai helmet. Dan yang paling penting, ini bukan bungee-jump.

“Tiada sentakan yang berlaku kerana ‘ropeswing’ adalah hayunan bukan lantunan sepertimana bungee-jump. Whiplash sama sekali tidak berlaku.

“Diharap setiap taman permainan yang mempunyai buaian melengkapkan buaian tersebut dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih seperti baju kalis hentakan dan tali pinggang keledar.

“Saya hormati setiap pandangan dr semua pihak. Terima kasih atas keprihatinan anda. Saya mohon maaf atas segala yang terjadi, terkasar bahasa dan sebagainya. Dua tiga kucing berlari, nasib baik tak empat,” tulisnya.

Dia juga berterima kasih kepada pihak yang memberikan sokongan kepada mereka di saat orang ramai memberikan kecaman.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong kami. Minta maaf sebab tak sempat nak melayan atau membalas post/komen kalian.

“Percayalah, acik tak sombong. Mohon doa dari kawan-kawan juga. Sumpah busy. Ramai ni tengah cari,” tulisnya lagi.

‘Tiada Lagi Terjunan Bersama Anak Kecil Buat Masa Ini’ – Ini Kenyataan Wakil Pengendali Aktiviti Ropeswing

IKLAN

Pada MH, setiap orang ada cara membesarkan anak-anak mereka. Mungkin pada korang cara individu tersebut kelihatan kasar tapi asalkan tidak sampai kepada mendera, tak apa kan?

Apa-apapun, MH harap lepas ini sebelum mengecam, ambil tahu dulu mengenai perkara yang nak dikecam itu supaya tidak malu dikemudian hari. Pakar sendiri mengatakan aksi tersebut selamat, makanya sebab itu lah Mat berani buat aksi macam tu kan?

Sumber: Facebook

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI