
Penyanyi dan usahawan, Rayme Zainal tampil melancarkan single raya terbaharu berjudul Gema Raya, yang turut dipilih sebagai lagu tema festival raya terbesar pertama di puncak tertinggi Putrajaya, iaitu Gema Raya Putrajaya 2026@PICC.
Selepas menghasilkan tiga single sebelum ini, Rayme, 47, tampil dengan pendekatan berbeza apabila memilih genre yang lebih rancak dan ‘catchy’ untuk karya terbaharunya itu.
Dicipta sepenuhnya oleh Rayme sendiri, Gema Raya mengetengahkan rentak Arab yang menerapkan elemen muzik Timur Tengah dan Melayu, dihasilkan bagi mengikuti trend semasa lagu raya yang kini lebih moden dan bertenaga.



“Lagu ini disuntik dengan elemen rancak supaya mudah diterima oleh semua di mana mesejnya juga ringan tetapi selari dengan objektif untuk menyambut Aidilfitri.
“Namun tiadalah istilah syok sendiri untuk mengambil kesempatan menyanyi lagu tema ini festival anjuran sendiri namun penglibatan saya hanyalah sebagai antara momen penting dalam kerjaya seni.
“Harapan besar saya, apabila gabungan lagu dan muzik tema dapat dipromosikan kepada orang, secara tidak langsung mereka akan tertarik untuk melawat datang ke Gema Raya Putra 2026@PICC,” katanya.
Rayme yang popular menerusi lagu Andai itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Gema Raya Putrajaya 2026@PICC di Putrajaya, baru-baru ini.
Dia yang juga bekas peserta programrealiti All Together Now pada tahun 2022 itu juga kini bergelar usahawan acara berjaya sebagai Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd dan pernah terlibat di dalam penganjuran Bazar Aidilfitri Anjung Syawal dan Anjung MalaysiaKu Foodie Fiesta.
Gema Raya & Sokongan Artis Popular
Sementara itu, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Festival ini menggabungkan elemen keusahawanan, seni budaya, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti.
Hampir 300 vendor dijangka mengambil bahagian, manakala kehadiran pengunjung dianggarkan mencecah sehingga 800,000 orang.
Rayme mengakui pihaknya menyedari tanggapan masyarakat yang menyifatkan Gema Raya Putrajaya sebagai festival bertaraf prestij, apatah lagi dengan penglibatan barisan artis popular tanah air bertaraf gred A.
Antara yang bakal membuat persembahan pada hujung minggu terpilih ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali.
Kehadiran mereka pastinya dinantikan pengunjung kerana kesemuanya merupakan bekas finalis yang pernah berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).
Turut memeriahkan acara ialah Bella Astillah, juara sulung program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia iaitu Didie Shazry, serta kumpulan Alpha.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




