Perkahwinan memanglah sesuatu yang indah dan membahagiakan, lebih lagi bila selalu didampingi dengan orang yang tersayang. Namun di sebalik kegembiraan seseorang yang kita fikirkan ‘bahagia’ itu sebenarnya ada cerita tersendiri.

Masing-masing punyai pandangan dan logikaliti berbeza. Terbaru, bekas pelajar cemerlang SPM 2004, Dr Amalina Bakri memuat naik thread di laman Twitter memberikan pandangannya mengenai kehidupan perkahwinan.

‘Tiada Istilah Perempuan Ke Dapur, Lelaki Juga Perlu Begitu’!- Dr Amalina Bakri

Menurutnya, sebuah perkahwinan itu tidak harus bergantung pada perempuan sahaja. Kaum lelaki juga harus memainkan perananan dalam bab mengemas, memasak dan sebagainya.

Katanya lagi tanggungjawab ini haruslah dipikul bersama tiada istilah perempuan hanya perlu ke dapur.

Ads

 

‘Tiada Istilah Perempuan Ke Dapur, Lelaki Juga Perlu Begitu’!- Dr Amalina Bakri

Ads

 

“Wahai lelaki, jangan expect isteri/girlfriend/pasangan untuk buat segala kerja tradisional di rumah seperti mengemas, memasak, jaga anak semua itu. Tanggungjawab haruslah dikongsi bersama.

“Tiada istilah ‘women only belong in the kitchen’. The only place where anyone belong is where they want to be. Kalau hari ini dia memasak, so korang boleh kemas dapur atau basuh pinggan.

“Esok, korang pulak memasak and dia pula kemas. Kalau tak tahu masak, belajarlah.. kalau dua-dua tak tahu memasak…belajar sama-sama.

“Kalau nak lagi romantik, masak sama-sama atau pergi keluar dinner berdua. Lagi satu, korang pun ada tanggungjawab untuk jaga anak kalau mereka start nangis pukul 3 pagi.

“Relationship and marriage is about sharing and equality between both parties. See what works for both of you and compromise.

“Gender equality facilitates a sharing of responsibility to resolve conflicts (as opposed to placing that burden primarily on women) and leads to a more stable relationship. So, help each other out!” tulisnya.

‘Tiada Istilah Perempuan Ke Dapur, Lelaki Juga Perlu Begitu’!- Dr Amalina Bakri

Ads

Sebelum ini, Amalina juga ada memberi pandangan mengenai hantaran, dia berpendapat bahawa lelaki dan perempuan harus sama-sama mengumpul wang perkahwinan sendiri bukannya bergantung kepada satu pihak sahaja.

Namun pandangannya ini telah di selar oleh netizen dan mereka meminta Amalina menurunkan wang hantaran sebanyak RM50.00 dan jawapannya sungguh padu sehingga membuat sesetengah pihak ternganga.

“I’ll get married when I’m ready and when I do get married I want the contribuition from both of us not just one sided so called duit hantaran. I can pay for myself as well for my partner.

“Aren’t you supposed be happy if your future wife who is independant? or just feeling intimidated?” katanya lagi.

Bagi MH apa yang diperkatakan ini memang ada benarnya, tiba masa untuk kita tukar mentaliti kita yang kononnya perempuan sahaja yang perlu bertungkus lumus mengelolakan rumah tangga, lelaki juga haruslah memainkan peranan yang sama dalam hal sebegini.

Malah, di zaman serba canggih perempuan dan lelaki harus ‘lari’ bersama dalam memikul tanggungjawab.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI