Penyanyi Wany Hasrita, menolak khabar angin yang mendakwa dia sudah mengedarkan kad kahwin bagi melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.
Penyanyi lagu Pedas berusia 30 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, dia akan berkongsi sekiranya tarikh rasmi hari bahagia jika sudah diputuskan kedua-dua belah pihak.
“Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.
Ads
“Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.
“Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya,” katanya.
Ads
Wany pada masa sama menambah, dia sudah semestinya dia ada memikirkan soal perkahwinan, namun masih tunggu waktu sesuai.
Ads
“Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon asal Perancis, Gaspard Ulliel telah meninggal dunia pada usia 37 tahun akibat kemalangan ski.
Gaspard yang terkenal membawa watak sebagai Hannibal Lecter dalam filem Hannibal Rising dikatakan telah bermain ski di wilayah Savoie pada hari Selasa yang mana dia telah bertembung dengan pemain ski lain.
Akibat insiden pertembungan tersebut, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Walaubagaimanapun pemain ski yang lain tidak mengalami kecederaan serius dan kini siasatan sedang dijalankan.
Gabriel merupakan salah seorang pelakon terkenal Perancis pernah memainkan watak pereka fesyen Yves Saint Laurent dalam filem biopik mengenai kehidupan pereka fesyen terkenal itu.
Selain berlakon dia juga merupakan seorang model pilihan banyak jenama terkenal. Antaranya, dia merupakan wajah kepada wangian Bleu de Chanel dan turut muncul untuk iklan televisyen wangian tersebut.
Antara projek terbaharunya yang belum ditayangkan adalah siri TV Marvel, Moon Knight yang bakal dipertontonkan peada umum mulai Mac 2022 di saluran penstriman Disney+.
Gaspard meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkongsian hidupnya bersama kekasih, Gaelle Petri yang merupakan seorang peragawati.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memberikan respon mengenai persalinan jaket merah yang dipakai Aliff Aziz ketika pusingan ‘battle’ bersama Aweera di pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam tadi.
Michael mengakui, dia turut mengenakan baju sama ketika melakukan penggambaran muzik video lagu single pertamanya, ‘Cinta Atau Propa’, baru baru ini.
Jelasnya lagi, pakaian tersebut diberikan kepadanya oleh seorang penata gaya untuk menjayakan muzik video berkenaan.
“Salam semua. Tak baik Cakap pakai baju I. Baju tu pun stylist i @abushaefhamza pinjam from @neonate.company for my MTV.
“Tak salah and bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua kita beli. Baju pinjam aje.
“Luv u all n be safe. Anyway Aliff pakai lagi elok dari I pakai! Hehe… jujur ya bukan nak jadi sarcastic ya!,” tulis Michael menerusi di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi Khai Bahar akhirnya ubati kekecewaan peminat apabila bakal menjayakan Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.
Sebelum ini, umum mengetahui konsert sulung penyanyi berkenaan yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda ekoran penularan wabak COVID-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul, dia teruja dan terharu apabila pihak Nova Music sudi bekerjasama seterusnya memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.
“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert tahun lalu, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik.
“Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.
“Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya.
“Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini,” katanya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Bayang ini turut berharap semoga persembahan tersebut nanti mampu menebus kerinduan dan kekecewaan peminatnya.
“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.
“Namun, kehadiran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan mereka. Saya bersama pasukan dan pihak penganjur akan cuba memberikan yang terbaik.
“Biarpun lokasi persembahan tidak dapat memuatkan jumlah yang ramai, sekurang-kurangnya impian dan hasrat saya serta peminat untuk menjayakan persembahan berskala besar tercapai.
“Tipulah jika dalam kerjaya seseorang penyanyi dia tidak mengimpikan sesuatu yang besar dalam karier seni. Begitu juga saya, di mana mengadakan konsert ini satu daripada cita-cita yang belum tercapai. Jadi, doakan semoga segala perancangan menuju konsert ini dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Sementara itu, penerbit dan penganjur konsert, Rosmin Hashim berkata, pemilihan Khai adalah tepat kerana penyanyi itu mempunyai kekuatan peminat luar biasa selain banyak menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music danSeventeen Eleven Music.
“Kenapa Khai? Ini kerana dia antara penyanyi muda yang banyak lagu hits dan berjaya selain mempunyai peminat yang ramai.
“Kalau kita sebut nama Khai Bahar, memang cukup dikenali. Dia mempunyai kelompok peminat dari semua golongan dan peringkat umur. Selain itu, dia antara penyanyi yang bersih dari sebarang kontroversi,” katanya.
Ditanya adakah penganjuran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar itu disebabkan pembatalan konsert Khai terdahulu, Rosmin berkata ia berlaku secara kebetulan.
“Itu bukan punca kami buat konsert ini. Tak terfikir pun perkara itu. Cuma, kami berasakan sudah sampai waktunya kami menganjurkan konsert berskala besar.
“Lagi pula aktiviti persembahan pentas dan konsert kini sudah pun dibenarkan berlangsung. Orang ramai pun dahagakan hiburan persembahan secara langsung. Jadi, tidak salah kami mengorak langkah ini.
“Kami berasakan dia penyanyi yang tepat untuk buat konsert ini. Perancangan buat konsert ini pun secara kebetulan dibuat pada Oktober lalu. Selepas kami berjumpa dan berbincang dengan pasukan Khai, alhamdulillah, mereka terima pelawaan kami,” katanya.
Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar bakal diadakan secara hybrid fizikal dan virtual live. Ini membolehkan bukan sahaja peminat Khai Bahar dari Lembah Kelang untuk menonton konsert ini malah peminat beliau dari seluruh Malaysia dan rantau Asia.
Selain Khai, konsert ini turut menampilkan Aina Abdul dan Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.
Tiket konsert secara fizikal yang dijual dengan harga RM189.90 dan maklumat lanjut mengenainya boleh layari https://onetix.com.my/ manakala tiket tontonan konsert secara virtual yang dijual dengan harga RM69.90, RM79.90 dan RM89.90 boleh di beli dengan melayari https://www.cloudtheatre.com/my/.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.