“Tiada Apa Yang Diharapkan Melainkan Syurga Firdaus…,” – Ramai Frontliners Hampir Burnout, PU Azman Titip Kata Semangat

Share

Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman berharap agar para petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang krisis pandemik Covid-19 ini sentiasa diberikan kekuatan mental dan fizikal bagi menempuh saat-saat mencabar ini.

Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, kesemua mereka ini sememangnya layak untuk menerima penghargaan tertinggi bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.

“Tiada apa yang diharapkan melainkan semoga frontliners dikurniakan syurga firdaus. Tolonglah jangan burn out.

“Semoga Allah beri kami jalan untuk bantu frontliners. Allah sebaik-baik pengurus,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bujang Tampan Selamba itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, PU Azman turut menyifatkan khidmat para frontliners ini sebagai jihad agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“Kalau ada frontliners yang baca tulisan kerdil ini, moga dapat melegakan mereka.
Mereka sedang jihad. Ketika mereka hampir burn out, Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

“Moga kesedaran ini kekuatan untuk frontliners bangkit semula. Moga firman Allah dapat rawat luka dari kata-kata makhluk,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat para frontliners selain turut mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi daripada segala wabak dan penyakit.

“Doa sama saya panjatkan setiap hari. Semoga Allah terima usaha kalian sebagai ibadah dan dikurniakan rahmatnya dan pahala berlipat kali ganda.

“Semoga Allah permudahkan urusan para frontliners.

“Moga Allah lindungi frontliners,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, PU Azman yang memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai 2.6 juta kini dilihat sedang sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul Bujang Tampan Selamba

Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Bell Ngasri, Nadzmi Adhwa, Hafidz Rosdi dan ramai lagi.

Sementara itu, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram PU Azman

IKLAN