Pelakon, Nabil Aqil, 20 tahun akhirnya tampil memberikan penjelasan berkaitan foto viralnya bersama Elfira Loy, awal minggu ini.

‘Tiada Apa-Apa Hubungan, Dia Seperti Kakak’- Ini Respon Nabil Aqil Jawab Isu ‘Propa Bercinta’!

Berkata kepada Media Hiburan, Nabil menjelaskan bahawa dia dan Elfira tidak mempunyai apa-apa hubungan.

IKLAN

“Sebenarnya, saya dan Elfira memang takde apa-apa hubungan, saya anggap dia macam kakak dan dia anggap saya macam adik.

“Gambar tersebut diambil untuk mempromosikan telemovie terbaru gandingan kami bertajuk ‘Striker Hati Ayah. Saya pun dah minta kebenaran Elfira untuk post gambar tersebut,” katanya.

Terdahulu, Nabil ada memuat naik fotonya di Instagram namun ruangan komennya dibanjiri pelbagai soalan dan kebanyakkannya bertanya apakah status hubungan kedua-dua pelakon tersebut.

IKLAN

?

A post shared by nabil aqil (@kidkylo) on

IKLAN

Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi seperti ini.

“Ya, ini kali pertama saya terima benda-benda macam ini, saya handle dengan tenang je, takdelah nak meroyan sana sini cuma senyum dan gelak sahaja baca tweet,” katanya lagi.

Sementara itu, Nabil juga turut berkongsi perkembangan terbarunya setelah drama Mr. Grey.

“Alhamdulillah, tawaran yang datang adalah ‘beyond expectation’, tapi apa-apapun saya akan buat yang terbaik dalam industri ini,” tambahnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI