Tiada Angin Tiada Ribut, Watak Mak Long Diambil Alih. Tiada Lagi Figura Ku Fridah Dalam Curi-Curi Cinta!

Share

Bagi yang mengikuti drama rantaian Curi-Curi Cinta, pasti akan mengenali watak Mak Long Saripah yang dilakonkan oleh pelakon senior, Ku Fridah.

Bagaimanapun menerusi posting terkini di Instagram Official Ria X, Ku Fridah telah memaklumkan bahawa watak Mak Long di dalam drama tersebut telah dihentikan atas faktor masalah kesihatan yang dialami pelakon yang berusia 66 tahun itu.

“Assalamualaikum, sebelum itu saya nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada peminat-peminat, penonton-penonton Curi-Curi Cinta,

“Saya mohon maaf banyak-banyak kerana selepas malam ini anda tidak akan dapat melihat watak saya dalam Curi-Curi Cinta,

“Bukan sahaja saya menarik diri, atas sebab kesihatan, sebagaimana anda tahu semua saya kurang sihat semasa buat pengambaran Curi-Curi Cinta,

“Kini alhamdulillah, saya dah comeback dan saya harap sangat pada penonton Curi-Curi Cinta, peminat setia Astro Ria dan Ria HD jangan lupa terus menonton, beri sokongan kepada penganti saya, watak Mak Long Sapiah iaitu Laila Nasir,”katanya menerusi rakaman video tersebut.

Curi-Curi Cinta telah dilakonkan pelakon-pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson, Fauziah Nawi, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Drama berkenaan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Terdahulu, Ku Fridah atau nama sebenar Ku Fridah Ku Shafie dikhabarkan tidak sihat serta mengalami jangkitan paru-paru. Namun, tahap kesihatannya kini kian baik.

Foto : Instagram Official Ria X

IKLAN