Uncategorized

Tiada Angin Tiada Ribut, Heboh Dikata Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Sudah Berpisah!

Share

Pelakon versatil, Vanidah Imran baru-baru ini mengambil pendirian untuk tidak  memberi sebarang komen mengenai khabar angin yang mengatakan rumah tangganya bersama pemuzik dan pelakon, Rashidi Ishak dikatakan sudah berakhir.

Malah, Vanidah atau lebih mesra dipanggil Vee, menerusi mStar memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan gosip berkenaan.

“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” katanya ringkas.

Terdahulu, ruangan pojok menerusi sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan pasangan selebriti berkenaan sudah tidak lagi bersama sekali gus membawa haluan masing-masing.

Pada masa sama, pasangan tersebut juga dikatakan turut dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 9 Ogos lalu.

Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.

 

IKLAN