Tiada Angin Tiada Ribut, Foto Atas Pelamin Signal Ara Johari Bertunang?

Share

Penyanyi, Ara Johari beberapa lalu ada memuat naik sekeping foto yang merakamkan dia posing di pelaminan dengan kapsyen ringkas iaitu “alhamdulillah.”

Lalu, pekongsian daripada penyanyi yang kini popular menerusi lagu Paku itu mendapat perhatian netizen.

Malah, entri tersebut turut mendapat reaksi rakan selebriti selain para peminatnya.

Sementara itu, Ara turut memuat naik momen sama menerusi Insta Stories yang direpost daripada rakannya.

Foto: Instagram Ara, Ktcatsrahman

IKLAN